15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Kisah Benar - Ngektsai TERbunuh anak pusak. 😿

Kisah Benar - Ngektsai TERbunuh anak pusak. 😿





Imagine ktk orang baca dengan nada suara dan intonasi Ngektsai k. Mesti ktk org dapat imagine nak? Hihi... Kisah tok adalah kisah bena... ditulis atas niat nak berkongsi tentang emosi manusia... Yang bagus ambikla, yang sik bagus, baca ajak jangan diekot.

Maseh Ngektsai ingat dengan jelas kejadian pada malam ya, when i was a kid, di rumah makcik Ngektsai d Kuching, ada pengilan. Dipendekkan cerita, dalam keriuhan urang tua beloya, urang bujang kekek2 lepak, urang dara tegisin2, Ngektsai yg maseh nemiak berumo dalam lingkungan 6-7 tahun time ya gago dengan aktiviti dimpun. Ngektsai lebih suka molah aktiviti dimpun dan pada waktu ya Ngektsai tertarik dengan beberapa ekok anak pusak. Sebagai seorang nemiak yg mempunyai naluri ingin tauk yg tinggi, Ngektsai fokus untuk mendapatkan anak pusak ya. My only intention masa ya sik lain sik bukan hanyalah untuk bermain dengannya, untuk menjadikannya milik Ngektsai, untuk menyayanginya, untuk dibelai2 sebab Ngektsai tok agak suka dengan pusak.


Long story short, Ngektsai melakukan beberapa percubaan untuk mendapatkan pusak ya. Malangnya anak pusak ya rasa takut terhadap Ngektsai. Biasalah, pusak sik biasa nangga org asing nya mudah akan lari. Bertapoklah pusak ya debah kerusi. Dengan keadaan Ngektsai nok agik kecik, agak sukar Ngektsai nak capei pusak ya debah kerusi. Ter-miaw miaw la pusak ya ketakutan(mintak tolong kali) koatan rakusnya Ngektsai nak mendapatkan sidak. Tiba2 dengan sik semena2 nya, mak pusak ya datang untuk melindungi anak2 nya tek. Ngektsai manas la sebab mak pusak ya berdiri depan anak pusak ya, melindungi sambil molah bunyi pusak manas. Ehhh nok bunyi nya HAAAAAAAAA ya bah. 🙄 imagine lah sia.


Dek kerana perasaan terlalu ingin mendapatkan anak pusak ya, Ngektsai jadi manas lalu berekot mendapatkan kayu. Agak besar kayu ya bagi nemiak kedak Ngektsai. Dengan nada yang agak manas, Ngektsai nerais2 menjolok2 debah kerusi ya dengan harapan mak pusak ya lari agar Ngektsai berjaya mendapatkan anak pusak ya. Malangnya mak pusak maseh di sia dan enggan lari. Jadi Ngektsai nekad untuk maluk mak pusak ya walaupun masa ya family pusak ya maseh ketakutan debah kerusi. And Ngektsai sik tauk ney tuju org tua lain sik nangga Ngektsai molah aktiviti ya, leka gago beloya kali.

Maka Ngektsai molah sigek hayunan yg agak besar towards family pusak ya tek. Unfortunately, mak pusak ya melompat dan hayunan kejam tadik hit directly rah palak anak pusak yang Ngektsai suka ya. Maka terpelantin la anak pusak ya dan terus mati. I ended up killing the kitten... 😭

Hal tok bila dah dewasa molah Ngektsai terpikey, tentang emosi, perasaan manusia. I have been told by one guy named Richard that “Other people’s emotions can be like small nervous kittens. They’re not going to come out from under the sofa unless you coax them carefully and let them know you’re on their side.”

Point Ngektsai adalah, apabila kita nak cuba menyelami perasaan seseorang baitnya gerek kita, family kita, kawan2 kita, rakan sekerja, kita kena cuba meyakinkan sidak bahawa kita memahami dan berada pada pihak sidak. Jika kita semberono jak nanyak ngan urang apa perasaan sidak, apa masalah sidak, sekda sidak nak madah bena... Ya adalah salah satu cara kita menyelami perasaan urang lain. Lain padang lain lalang, lain orang lain palang... Masalah orang lain sik semestinya sama dengan masalah kita. Demikian juak dengan penyelesaian, cara kita mungkin berbeza menyelesaikan sesuatu masalah, kita sik boleh expect cara yg kita guna adalah berkesan untuk orang lain.


Just imagine ‘perasaan’ orang lain tek adalah anak pusak yang Ngektsai bunoh ya. Ngektsai bersikap memaksa ‘anak pusak’ ya, molah pusak ya lebih ‘jaoh’ dari Ngektsai. I cant 100% blame myself on this, i was 6 year old, i was naive.... and unfortunately, i still am... i sometimes memaksa orang utk tell me what’s going on without thinking samada sidak ready kah sik utk sharing. Sometimes, mendengar sahaja sudah memadai bagi seseorang yg sedang dilanda masalah, sik perlu nyusah dirik merik penyelesaian. They might just need somebody untuk meluah, to melepas beban di dada. Dont be pushy like Ngektsai k, be sensitive, be reassuring, be kind. Remember, jika ktk org cuba nak menyelami perasaan org lain, ingatlah anak pusak yg terkorban oleh Ngektsai ya tek, jangan paksa sidak untuk meluah, sebaliknya buat sidak tauk yang kita berada pada pihak sidak, then magik akan berlaku, sidak dimpun akan open up perasaan sidak ngan kita. 💫

Sama juak dengan menyintai seseorang... kita sik dapat maksa org lain utk suka ngan kita. Bila kita terlalu memaksa, tanpa kita sedar kita dah molah perasaan orang ya semakin jaoh dari kita... sadis but most of the time, true, dan selalu berlaku!


Kesudahan cerita Ngektsai? Oh i get what i deserved la. Ngektsai kenak ikat oleh bapak Ngektsai, Haji Tsai, di pokok luar rumah makcik Ngektsai malam ya, kiak kaong nangis mintak ampun. Well, i learned my lesson, in a hardway... bak kata orang, menyintai menyayangi sik semestinya memiliki. Sakit nang sakit, but yup, life goes on! Now i have my own cat, Axlan Exora Makadingding, and we are so happy together. Dan kisah Ngektsai pernah terbunuh pusak, kekal dalam sejarah hidup Ngektsai, and i live with that... forever... sob sob 😿

#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai

ps ; Oh Axlan? Pun pandei berlakon, video di debah... haha


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


.