15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Video Isu2 semasa viral menjelang 2021!

Isu2 semasa viral menjelang 2021!


Dapat sik ktk orang mengenal pasti 4 isu semasa yg viral sekitar tibanya 2021 tok tek? Mun dapat, bagus lah. Hahahaha.


U know i know jer. Malas Ngektsai nak ulas, yang penting dlm 4 isu ya, Dybbux box ya. Sukati lah content creator nak molah content apa tapi content2 yg Dybbux2 antu tok molah i kecewa jak. Antu ditakutnya, Tuhan sik takut. Hmmmm... dunia dunia... ini semua drama... bagus berdrama kedak si Monyeng jak. Hahaha... Monyeng... Monyeng... nang ada2 jak olahan nya, suka nak nyuroh ati maknya beliang. Belom kenak gik Monyeng ya kali...



Apapun, kepada sesiapa nak mencuba GloVita, boleh la try order kinek. Nyaman susu ya, Ngektsai ada minum. Hihi... Dengan GloVita, kitak akan yakin sebab nya menguatkan rambut, gigi, rambut, yang paling penting kulit kita sik kusam bila mengamalkannya!


Part yang best adalah ktk org boleh join GloVita Squad! Jadi ejen dan stokis GloVita, boleb jana pendapatan. Ya la kita di fasa pandemik tok agak sukar nak menjana duit, ney tauk bila join GloVita Squad mampu memberik pendapatan lumayan! Wasap jak nombo di bawah! Kinek musim i-sinar oi, orang akan membeli! 😝


Sigek gik, ktk org beli 2 kotak GloVita, layak dapat cabutan bertuah! Hadiah bernilai 20k menanti 15 pemenang bertuah! Lekas beli 2 kotak GloVita! Antara hadiahnya ialah iphone 12, tv 42 inci, dan gelang emas Pandora! Bah lekas! Wasap nombo debah!


http://www.wasap.my/+601114012714

http://www.wasap.my/+601114024014

http://www.wasap.my/+601114024059



Like page sidak juak k untuk info produk dan promosi!

https://www.facebook.com/Glovita-Beauty-HQ-103076701569355/


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak


Ps : Kehidupan watak2 Ngektsai nang meriah ooo... ada2 jak isu setiap minggu. Mahwaku... apa gik ka isu minggu depan. 😅 Follow instagram Ngektsai, dekat story ig Ngektsai, Ngektsai slalu merik hint video2 yang bakal ke udara. 😁


Video ada di bawah, klik sajer!





 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Gambar2 Dekorasi Rumah Ngektsai 2021!

Dekorasi Rumah Ngektsai 2021!


Salam 2021 semua Ngektsai Army! Oleh kerana banyak permintaan untuk share gambar rumah, i decided to share thru blog ajak lah... Before that, i akan makei bahasa baku bagi memudahkan sidak melaya paham apa ditulis i sitok. Enjoy the tour!

Anyway i bagitau awal lah yer sebelum i perasan sendiri... hehehe... Disclaimer, rumah i tak lah secantik mana, cuma sedap mata memandang. Kalau di mata anda cantik giler, mungkin disebabkan faktor cara mengambil gambar yer! Apapun, paling penting adalah di mata tuan rumah tersebut. I suka, so i buat, i pilih la macam mana dekorasi i nak, after all, rumah ni i yang tinggal... tak gitu... (ingga lah aku kedirik tek kelaka melaya hahaha) Banyak rumah yang lagi cantik tapi dekorasi Ngektsai adalah bagi rakyat2 marhean ye, bukan koloni kayangan, kerja makan gaji jer cukup2 makan. Untuk yang bujang atau berkeluarga kecil, sesuai la untuk idea2... Kot2 kau nak beli n deco rumah sendiri nanti...



Kalau kitak masuk rumah Ngektsai, korang akan berjumpa dengan sofa di atas, abaikan dindin kosong atas arm chair kontot ya sebab ruang ya untuk tulisan khat kalimah Lailahaillallah kelak... Belum sampai ye, shopee, covid kot so delay... I menggunakan sofa ala2 chesterfield dari SSF, bukan ori okay. Tak mampu hahaha. Sofa ni pun dibeli menggunakan kad VIP jiran i... so ada sale 50%! hahahaha... Menggunakan konsep selamat warna "beige", sangat cohesive/padan dengan dinding yang dicat dengan warna Frosty Flurry dari Dulux. Kaler dia actually grey, tapi ada hibrid sikit dengan hijau. Ngektsai suka kaler hijau, so i pakai lah. Jangan cat hijau pisang kalau boleh yer, lainlah kalau tadika. (Actually i pernah cat kaler hijau pisang time first beli rumah dulu hahahaha, dah macam panti asuhan!) Mostly barangan deco rumah Ngektsai adalah dari SSF, jadi semua yang korang tengok tu dari kedai tu la... Satu dua ja yang dari kedai lain...


Nak deco mudah, senang jer, meja2 tu kau letak jer pokok2, atau bunga... ikut selera lah, Ngektsai suka sesuatu yang hijau... Kalau rumah macam hutan lagi lah suka hahahaha gurau jer! Pokok bonsai adalah kesukaan Ngektsai, perasaan melihat pokok bonsai is, woowwwwww... ha gituh!


Okay, jalan ke depan sikit, kau akan jumpa meja makan bulat tu... marble dari Lorenzo... Aku beli sebab ada sale, aku kan suka benda sale... Kalau bagi free lagi suka! hahaha! Inilah ruang makan di rumah Ngektsai sekarang. Taklah besar, taklah kecik sangat, sesuai dengan isi rumah. Jangan mengikut hawa nafsu kalau membeli barang ya! Kerusi makan pulak beli berlainan. Dari SSF ye. Tak kisah la kau nak beli satu set ker, macam Ngektsai nak jaga bajet. So ambik la kerusi SSF, tapi yang paling penting mesti cohesive/bersatu dengan kerusi sofa kau tadi kalau boleh! So tak la nampak lari konsep! Dari segi warna dan design, area makan n sofa Ngektsai adalah boleh dikatakan cohesive, bersatu dengan yang lain. Tak lari konsep.



Hah! Mesti kau rasa di galaksi bima sakti bila melihat chandelier Ngektsai kan? Lampu2 Ngektsai beli di kedai bernama Best Light di Kuching Sarawak. Lampu ni adalah sentuhan moden di rumah ni sebab kau tengok lah sekeliling dia, ada aura ketuaan di sana, so pilih chandelier moden supaya tak nampak konsep orang tua tu... Lampu ni best tau, sebab dia dapat diadjust mengikut selera kau. Kalau kau nak bentuk kon, boleh jugak, kon ke kanan, ke kiri suka hati kau lah. Ngektsai suka yang macam galaksi ni. Nanti raya i cuba lah corak lain pulak. Dindin wainscoting tu, haaa.... Jangan kau lihat sebelah mata dekat Ngektsai yer. Wainscoting tu semua Ngektsai buat sendiri... Cat rumah pun sendiri yer... Selain terkinja kinja dalam video utube, Ngektsai pun seorang yang pandai tangan yer... hihihi... Mostly benda2 yang kau tengok kat rumah ni yang kau ingat aku upah orang buat, aku buat sendiri ok! Nak save bajet... Kalau bayar upah orang, tak mampu la beli lampu bima sakti tu. Pandai2 lah membajet yer... Selagi korang mampu buat, buat jer... Sebab kalau dah nampak hasilnya, insyaAllah puas hati! Fuhh!

Burung merak tu aku beli sebab nampak cantik... Sama dengan kuda tu... Walaupun harga macam gunung berapi tapi aku tutup mata saja membayarnya... Sebab benda ni i tak boleh buat sendiri... so pasrah lah semasa menghulurkan duit kat kedai tu... Apapun, i suka merak dan kuda tu, takda maksud tertentu ya... Jangan kau cakap nafsu i seperti kuda pulak lepas ni... hahahaha


Wokeh kalau kau maju ke depan lagi, kau akan nampak meja bar ni... Di sini lah tempat kegemaran Ngektsai bertenggek... Konsep rumah yang ada bar tak semestinya semua akan suka. Tapi personally bagi Ngektsai adalah sebab bar ni boleh jadi tempat kawan2 kau bertenggek sekali. So dia tak kacau sofa dan meja makan kau. Lagipun bar macam ni sekali boleh muat 7-8 orang sekali bertenggek kat tepi2 tu.. So macam kawan2 Ngektsai akan bertenggek kat sana sambil menikmati kopi atau jus sambil ketawa riang tekekek2 tanpa Ngektsai risau meja makan atau sofa ku hancur dinoda punggung2 kawan ku. hahahahaha kejam! Kawan aku kata, sofa rumah ni tak boleh duduk, hanya untuk display sahaja. Hahaha, menyindir Ngektsai nampak?! i kan OCD... tak boleh tengok benda berubah tempat SEDIKIT pun!!!!!



Kalau kau perhatikan material bar top tu, dia batu kecil2 berwarna. Kita panggil dia pebble stone table top! Kau pergi la kedai yang jual pokok2 hidup tu, ada jual kat sana... Macam2 warna... Ngektsai campurkan warna batu ni yer, taknak lah merah sangat atau hitam sangat... Ikut selera masing2... Dan yes, pebble stone table top ni Ngektsai buat sendiri yer... Pandai tak? Hihihi... Lampu bar tu pulak i ambik konsep2 yang nampak filamen tu, nak ambik feel lepak dekat lounge/bar la kononnyer... I pilih lampu macam tu so cahaya tu akan menumpu kat bawah jer, tak kacau siling atas, jadi konsep dia macam lebih romantik dan santai la sikit.


Ha... Kalau tutup lampu lain, effect cahaya tu akan jadi macam ni... Lebih tenang lepak di bar sendiri di rumah... Ha, kat sini lah Ngektsai dan rakan2 bertenggek di malam hari ya... hihihi... Okay kita bergerak ke sebelah bar pulak! Tengok gambar di debah tu! (nakpa kata bahasa aku tuk?!)



Surprise! Kalau kau tengok ruang sebelah bar tu, actually dulu tempat tu bilik. Rumah i kecik, so i terpaksa korbankan satu bilik menjadi ruang tamu... Maka menjadilah luas sedikit! Yang ruang satu lagi tu, macam open space kat dalam rumah ni. Yes, open space. Kau boleh nampak cahaya matahari menyinar, bulan, bintang... Kalau hujan lagi la seronok, Ngektsai akan baring kat pintu sliding tu memerhatikan hujan. OMG im weird...! Oh ya kembali semula! Ruang di tepi bar tu adalah ruang menonton tv!



Di sini merupakan tempat kegemaran Ngektsai apabila bersendiri di rumah. Sekarang tengah taip blog ni pun dekat atas sofa kecik tu. Konsep santai sahaja, dan paling penting ruang untuk bergolek2... Sebab Ngektsai suka tengok tv sambil baring2, lepas tu tv tengok aku pulak... Buku2 tu bukan perhiasan ok... Tu buku2 yang belum habis baca... Tak tengok tv pun takpa, santai baca buku pun boley... Suasana di sini tenang sebab lokasi ruang ni adalah di pusat rumah, so i takkan dikacau dengan bunyi bunyian dari luar rumah, biar cctv merakam segalanya ya. Hihihi... Warna sofa adalah cohesive dengan perabot lain di luar, ingat ya, jangan lari dari konsep rumah! Tak nak la macam panti asuhan rumahmu nanti!

Yang tengah2 tu jam rumah i... Beli dah lama... i suka konsep dia ada dua muka. So depan rumah, belakang rumah, pun boleh nampak jam pukul berapa. Kalau kau beli jam dinding biasa, satu makan ruang dekorasi, dua kau akan kena strok sebab terlalu banyak pilihan jam di muka bumi ni, kau akan rambang mata. Hahahaa.


Ha ni ruang terbuka di dalam rumah i. I selalu dudok situ menulis skrip, mendengar muzik. Sebab rumah i ni intermediate, so nak lepak depan rumah dan belakang rumah macam tak sesuai jika Ngektsai hanya mengenakan seluar kecil di rumah. Jadi this is consider my get away place nak berseluar kecil dan sketch2 video untuk tontonan uols semua. Yang penting mesti kehijauan. Sedap mata memandang... selera i la, kalau selera kau warna hitam, kau cat lah hitam kat sana! Nampak lah macam gua kalau hitam... hahaha. Okay jum aku bawak korang ke bilik tidur aku pulak... Tada!


Ni lah bilik tidur aku. Tapi lebih kepada head quarters dalam rumah ni la. Di sini lah proses mengedit video akan berlaku. Working space aku la selain tidur... Aku sediakan la satu lean sofa kat situ, aku penat2 menghadap pc, aku rehat la sekejap. Kadang2 terlelap kat situ sampai pagi, lepas tu sakit pinggang. hahaha. Bilik kecil, tapi bagi aku compact! Aku boleh tengok netflix, tidur, berhias, bekerja, dan duduk berehat. Okay kalau kau tengok katil aku, katil tu custom made. I design sendiri lepas menonton cerita Korea dan Jepun, i panggil kawan i untuk buat. Katil tu multipurpose. Bawah tilam tu adalah stor nak simpan benda2 tak perlu. Kat tepi2 and tangga tu ada laci dan kabinet untuk simpan barang2. So kau tak perlu la habiskan banyak duit membeli almari. Lepas tu boleh jimat ruang lagi kan? Haiii, kedekut nya Ngektsai ni... Semua nak jimat hahaha... Harganya? I cakap la kat orang yang buat tu, "You want to build this or not? i want cheap price... The design is so cool, u might wanna take picture and put it in ur catalog right? take it or leave it!" Orang tu terus setuju bagi harga yang murah tak masuk akal untuk katil dan almari ni. Sebab dia nak portfolio dia ada design ni untuk suggest dekat customer lain. Bijak tak Ngektsai berpolitik tawar menawar? hahahahahaha So dia dapat apa dia nak, i dapat apa i nak! Hihihi...


Kalau kau toleh ke belakang pulak, ada satu pintu kat situ. Dulu bilik tu adalah toilet. Tapi Ngektsai kan kedekut, Ngektsai tak perlu 2 toilet dalam rumah. 1 cukup. So toilet ni i bukak mangkuk tandas, i curah simen, i jadikan walk in wardrobe! Again, jimat duit dan jimat ruang! Tak perlu beli almari! Jadi, i design la wardrobe macam mana i nak, i suruh orang tadi buat. Strategi untuk mendapat harga murah, masih sama! Hahahaha.... Licik nya aku! Pastu kau belilah karpet yang boleh potong2 macam kat surau2 tu... kau tempek jer kat sana! Siap! Maaf yer takda gambar kat dalam, tak nak la orang tengok seluar kecik aku bergantung kat situ... hihihi...


Selesailah tour secara bergambar kat rumah aku... Nak tengok video? Subscribe la channel utube NgektsaiArmy Official aku. Banyak video kat sana, boleh tengok jugak video lama2 macam mana keadaan rumah aku 5 tahun lepas, macam panti asuhan warna nya. HAHAHAHAHA. Akhir kata, Ngektsai nak berpesan kepada sesiapa saja yang nak deco rumah, i bukan lah profesional, i deco mengikut naluri i sebab i tuan rumah tu. I banyak bertanya pendapat kat rakan terdekat jugak tapi tak semestinya i ikut. Sebab yang tinggal di rumah kita adalah kita, bukan orang lain. Jangan habiskan duit berbelanja hanya demi kepuasan orang lain nak tengok rumah kita. Ni rumah kita, ikut selera dan kemampuan kita ya! Yang penting jugak, letakkan cinta dan kasih sayang keceriaan semasa kau deco rumah tu... Jangan stress2! Thanks to all yang menjadi tempat i bertanya pendapat dan belajar untuk deco rumah ni! Lepak lah nanti ya! Salam perey dari Ngektsai! Jangan lupa tekan share kat bawah ya!


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Cinta Monyet si Monyeng!

Salam Cinta Monyeng!


Video di bawah! Sesungguhnya cinta monyet adalah lucu. Mun dikenang balit eh, tesengeh2 sorang dirik. Betapa naifnya kita masa kecik. But i personally think thats good utk emotional development... Jangan molah nok advance2 sudah ler. Zaman Ngektsai kecik marek, yalah antara permainan nok femes selain main gudi, guli, rondes, zeropoint... rindok lagik berami2 main, laki rompuan. Rindu bila dikenang balit. Keindahan ya akan slowly berubah sabila kita melangkah ke arah puberty. Angkat bujang/dara kata urang... di mana malu ya udah menebal dlm dirik, keseronokan ya akan mula bertukar menjadi sesuatu yg lain... berikanlah anak2 kita zaman kanak2 yang indah, bukan hanya di depan skrin hempon atau seumpamanya. Adik2, sik cemburu ktk ngan zaman kmk org nok indah dolok? Hihihi... ah tak usah dibandingkan. Biar Ngektsai tersenyum sendiri... 🥰


Ubah lah mentaliti bahawa urg kaya jak dpt ke @swinburnesarawak! Kerajaan Sarawak sedia membantu rakyatnya utk memastikan anak2 serawak tuk berilmu supaya dpt menabur bakti kembali ngan bumi kita. Tinggal maok ka nisik jak lagik. Sebagai contoh Yayasan Sarawak nyedia Skim Bursari BP40 utk kemudahan kita nganta anak ke Swinburne! Link Ngektsai sediakan, boleh klik sia n rajin2kan membaca...


https://yayasansarawak.org.my/my/laman-utama/



https://www.facebook.com/swinburnesarawak


Ijazah antarabangsa oi tapi, yuran sama jak kedak masok IPTA lain... i personally suka episod tok, sebab dirakam di Kuching, Asajaya Samarahan dan Bintulu Sarawak. Tq @swinburnesarawak for this opportunity! Rindok ngan Monyeng, sunggoh dah besar, sik nya nyimpan dendam ngan Abang Aril nya. Maseh jak nya ok. Mungkin kerana nya faham rasanya bila makin dewasa. Nemiak lain main hempon, nya berkepong main nikah2... so sweet... and inggar... hahahaha...


Credit to credit to lagu latar belakang nok best and penuh nasihat, lagu rakyat negeri Sarawak, “Pantun Mensea” Komposer

Cikgu Hj Zamhari hj mustapha

Penyanyi asal Iqmal Asraf Saparuddin.


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak

#swinburnesarawak

#yayasansarawak



 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.