15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Raya 2020 Ngektsai - Ep2 Siapa Main Sabun Masa Bulan Puasa?!

Salam Raya 2020!🌙 
Follow Ngektsai di instagram juga!




Yahh!!! Cik Kemban ngan Monyeng dah datang! Hahahahqhqha! Sampei juak over topeng muka Cik Kemban lok! Lemah nyawa ku! Ya jak rupa Monyeng bebaju gaon time raya! Apa malik maknya meli baju kurong sigek ooo?!

Kenak raya 2020 jadi macam tok? Di mana silapnya? Apa yang kita boleh pelajari dari hal ini?

Sik pernah terlintas di fikiran Ngektsai.... untuk bergaya dengan baju raya makei mask muka di pagi raya dek covid19...

Sik pernah terlintas di fikiran Ngektsai.... untuk tidak dapat bersentuhan bersalam salaman meminta keampunan dari yang tersayang di pagi raya dek virus ini...

Sik pernah terlintas.... untuk tidak dpt menziarahi sanak saudara dan sahabat handai semasa raya dek takutkan kemerebakan virus covid19... hanya mampu bersua di media sosial...


Maka dengan video ini, harap Ngektsai akan menyedari kesilapannya mensia2kan Ramadhan yang sudah lalu. Bukan semua org akan berpeluang btemu ngan Ramadhan agik, yalah, ada nok umo sik panjang bah... 

Doakan kita semua akan berjumpa Ramadhan tahun2 mendatang... yang penting raya tok, kita beraya dalam norma baru kehidupan... beraya lah dengan berhati2 semua, kita maseh belum menang, tapi kita sedang menuju ke arahnya!!! Sama2 berusaha! Ngektsai rindukan rutin lama... 😭

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ngektsai Army. Ngektsai sayang ktk orang, dari hati Ngektsai yg jujur... terimak kaseh kerana setia bersama walaupun masuk tahun ke-5 jadi Ngektsai. Maaf zahir dan batin, kosong-kosong!

#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#rayangektsai2020


SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Raya 2020 Ngektsai - Ep1 Sapa Main Sabun Masa Puasa?!!

Salam Raya 2020!🌙






Al-kisahnya video raya 2020 bermula pada tahun 2016 lalu di zaman Yoyo masih berada di Sarawak. Masih ingat dengan watak Yoyo? Banyak kali beliau keluar dlm episod lamak2 Ngektsai. Cuma beliau tiba2 lesap dari layar Ngektsai 2 tahun yang lalu secara tiba2...

Ngektsai zaman dolok kerap mengimpikan suasana semasa tahun 2020, serba canggih, ada kereta terbang, teknologi hebat dan sebagainya. Tapi dalam asyik dengan imaginasi zaman akan datang, terkadang Ngektsai alpa dengan zaman yang sedang dilalui. Contohnya dlm video, Ngektsai adalah seorang yang malas terawih, alasannya selalu ialah tahun depan masih ada. Tak terfikir pun bukan semua org akan ada peluang berjumpa Ramadhan pada tahun hadapannya, mungkin ramadhan yg terakhir. Ish insaf indah time nulis tok.

Ramadhan Ngektsai jarang sekali dihargai sebetulnya, lebih kepada makanan di bazaar, lepak malam2 moreh dan sebagainya. Baru sekarang ada lah berubah sikit alhamdulillah. Sebab ya lah lahirnya video tok, mengenangkan kembali Ramadhan tahun2 lalu yang dibazirkan begitu saja. Oleh kerana perangai Ngektsai yg agak rude dengan Ramadhan, tiba2 suasana berubah dlm video apabila Ngektsai mengalami time travel dari tahun 2016 ke 2020!!! Tak seperti yang dibayangkan!!! 😭

Pada tahun 2020 tersebut, Yoyo dah lama kembali ke tanah melaya, traweh tidak dibenarkan, keluar rumah adalah suatu kesalahan, semua nya dek virus covid19 yg menyerang dunia pada zaman 2020 itu. Bayangkan Ngektsai dari tahun 2016 merejok ke taun 2020 dan melihat perubahan keadaan apabila benda yg biasa dilakukan semasa bulan Ramadhan tidak dpt dilakukan seperti biasa! Ngektsai pastinya merasa menyesal melihat kembali tahun2 lalu yg telah disia2kan.


Kisah diteruskan sampei ke pagi raya!!! Raya 2020!!! Apakah kejadian Ngektsai kelak?! Cik Kemban dan Monyeng akhirnya sampai ke rumah Ngektsai pagi raya tersebut! Ikutilah sambungan nya dlm episod finale Raya 2020 Ngektsai!

Persoalannya masih sama, siapa main sabun masa bulan puasa dlm siri Raya 2020 Ngektsai? 🤔

#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#rayangektsai2020
SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Ngektsai salah lirik lagu raya, kerbau pun boleh!

Salam Ramadhan menuju Syawal!




Memang sudah menjadi kebiasaan Ngektsai, consider rutin harian untuk Ngektsai melemparkan vokal kerana Ngektsai juga dikenali sebagai artis jamban di kejirannannya… Admin tak pasti la apa perasaan jiran-jiran Ngektsai apabila mendengar konsert jamban Ngektsai yang selalunya berlangsung menjelang senja.

Tapi kali ini berbeza apabila Ngektsai membuat percubaan untuk menghiburkan follower beliau dengan dendangan lagu raya dari Dato’ Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya sebelum beliau memasuki kamar mandi…

Sedang asyik mendengar alunan suara nyamuk Ngektsai di ig story, tiba2 Ngektsai tersilap lirik… Lembu sekarang pun boleh jadi kerbau yer… Agak lucu apabila melihat reaksi Ngektsai menyedari kesilapan lirik itu berlaku…

Apapun, bahang aidilfitri makin terasa di mana ramai orang kini mula memuat naik content berdasarkan hari raya… Aidilfitri kali ini pastinya berbeza dek pandemik covid-19 tapi kemuliaan bulan Ramadhan dan Syawal itu tetap sama…



Ngektsai boleh diikuti di laman instagram @ngektsai dan Youtube Channel @NgektsaiArmy Official untuk tontonan episod2 video beliau yang menjadi penantian follower-follower beliau… Siri terkini adalah, Siri Raya 2020 Ngektsai-Siapa main sabun masa puasa! Subscribe channel tersebut!



ps : amboi seksi beno Ngektsai dalam klip ni… takpe la, rumah sendiri kot…

SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.