Jum coba2 masak gik kita! Resepi simple jak sebab ya Ngektsai maok coba. Tapi rasanya nyaman!!! Spicy Buttermilk Spaghetti! Ngektsai oleh dari facebook, lam post ya Ngektsai nangga nya post gamba jak, tok Ngektsai molah bideo. Kita nangga jadi sik! 🥰
Video ada di bawah;
Bahan-bahan:
1. Butter 2 sudu besar
2, Daun Kari 10
3. Cili Padi 5 ( cincang )
4. Bawang Putih 3 ( cincang )
5. Susu Cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
7. Serbuk kunyit satu cubit
8. Udang/sotong
Cara-cara:
-Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
- Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
- Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit : ASH (Foodhunter) Best juak dapat molah resepi simple camtok pakei kawan datang ka, pakei anak2 ktk org ka d ujong minggu. Sik rutit! Jangan lupak subscribe youtube channel Ngektsai nok nombo 2 k! NgektsaiFanclub! Channel pakei Ngektsai post encang2 jak. Hihi... follow instagram and facebook page juak! *ngektsai
Di usia 35 taun tok aku bukanlah seorang nok simply menulis posting di akaun facebook dan post sebagai tatapan teman2 dalam friendlist aku. Karna sekali aku menulis, aku sik alang2 dalam menulis sesuatu walaupun benda ya benda remeh. No wonder dalam penulisan posting2 video youtube aku, aku suka mengarang karangan panjang walaupun aku tauk sesetengah penonton video aku sik membacanya.
Penulisan tok aku nak berkongsi tentang cara aku bangkit setiap hari dari emosi2 negatif yang terkadang menyerang jiwaku tanpa petanda. Giney aku set mood aku untuk berdepan dengan situasi hari yang akan aku lalui tanpa aku tauk hari ya akan menyenangkan atau sebaliknya. Bak kata pepatah ‘disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari’. Kita sikkan dapat mengagak apa akan berlaku pada kita pada hari ya, hanya Allah swt jak tauk, semua dalam perancangan-Nya. Tapi kita ada pilihan untuk mempersiapkan diri. Maka bersedialah secara fizikal, mental dan emosi.
Aku pernah terbaca dalam buku2 kegemaranku di rumah ;
“Kejayaan adalah subjektif dan dinilai secara berasingan, bukan perbandingan. Namun, orang yang berjaya akan ketagih untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Apabila dia selesai mengerjakan sesuatu kebaikan, dia akan segera melakukan kebaikan yang lain. Sebab itulah kejayaannya akan dilihat berterusan”
Aok, kejayaan adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu giney nak menilai kejayaan. Bagi aku personally, menggosok gigi pun adalah kejayaan, menyapu debu di dalam rumah juak merupakan sigek kejayaan. Ternyata petikan nok aku baca di atas adalah benar sama sekali di mana selepas satu kejayaan aku selesaikan, aku craving ingin melakukan sesuatu kejayaan lain untuk kepuasan dan terapi jiwaku. Tapi bagaimana dan di mana cara aku memulakan kejayaanku setiap hari bagi persiapan menghadapi hari tersebut?
Semuanya bermula dari tempat tidurku. Seawal 5 pagi aku bangun pagi, melangkah sahaja turun dari katil, aku akan terus ngemas katil ku. Akan ku usap dan tepok2 bantal nok aku pakei, akan ku libas selimut yang menyelimut aku malam tek, akan ku kemaskan katil ku sekemas2nya sebelum aku melangkah ke bilit mandik. Mungkin orang lain anggap benda tok remeh, tidak bagi aku.
Kepuasan aku melihat kejayaan kecikku mengemas katil dalam keadaan yang masih mamai2 bangun pagi, menyuntik semangat ngan aku untuk terus mencipta kejayaan2 lain pada hari yang akan ku lalui ya. Jiwa ku akan merasa kedak kenak terapi, tenang dan dalam masa yang sama bersemangat untuk meneruskan hari ya, sebab aku nak nangga apa gik yang aku boleh capai. Bagi aku, mengemas katil sekemas2nya selepas bangun tido adalah kejayaan kecik yang akan membawa kepada kejayaan2 besar setiap hari. Walaupun terkadang ada hari aku tumpas dengan emosi, tapi aku akan bangkit agik. Bangkit dengan caraku.
Jika ditakdirkan Allah swt hari ya adalah hari yang tough bagi aku, at least apabila aku balit ke rumah, aku nemu katil aku dah kemas dan dalam keadaan bersedia untuk aku gurin, pakei ngubat jiwaku yang mungkin pada hari ya agak luntur semangatnya.
Bangkit cara aku tok aku dah lamak praktikkan, mungkin kerna aku nemiak sekolah asrama penoh di Kolej Abdillah dolok, jadi aku dah terbiasa dengan rutin ngemas katil dan locker aku. I think it this way, “jika awal pagi dah aku gagal ngemas katil aku, giney aku nak menguruskan kehidupan aku? Dengan kerjayaku dalam perubatan yang sentiasa penoh dengan dugaan, dengan content2 video dalam utube gik, dengan baju aku yang belum disesah, rumah yang belum disapu, dapo yang sik kemas, pusak aku lagik…” Maka, jangan pandang sebelah mata jak dengan kejayaan kecik yang aku polah setiap pagi iaini ngemas katil. Aku yakin kejayaan aku setiap pagi ngemas katil leads me to where i am today…
Jika ko rasa katil ko sik sekacak orang lain, ko baca apa aku padah tok.
Sik guna kawu cemburu ngan urang lain nok nampak kaya atau elok rupa parasnya. Sikboh dikeluhkan idup dimpun nok kawu anggap penoh derita. Berhati2 menghakimi anugerah Allah swt. Hakikatnya, yang mudah datang ya bersifat sementara, yang kawu rasa berat ya akan membuat ko kuat dan hebat. Kadang2, apa nok kawu tangga mewah dipamerkan dalam media sosial ya, hanya lakonan pentas dunia semata2… Ingatlah, Allah swt telah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan sempurna. Oleh itu, ucaplah alhamdulillah… Ketenangan tidak akan wujud pada jiwa manusia nok mengaharapkan kesempurnaan. Salam perey! Jum bangkit bersama2!
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
ps : Sekarang, tanyak ngan dimpun, "dah kemas katil ku tek?"
SHARE VIA SOCIAL NETWORKS
Video di bawah sekadar hiburan! Klik untuk menonton!
Episod finale Discover Batu Kawa feat Dr Sim Kui Hian!
Seperti yang dijanjikan, Ngektsai telah menemukan Dr Sim dengan watak2 Ngektsai. Dapat ktk org imagine giney seorang menteri berhadapan dengan sidak Cik Kemban, Monyeng, Melissa dan lain2? Dari watak nemiak sampei watak orang tua telah berjumpa face to face dengan menteri tok. Hahahaha... Jum layan video! Dalam video tok kmk duak banyak berkongsi apa rasa jadi menteri n jadi seorang Ngektsai. 😁 Jangan lupak share k, support video ala2 ngelayo dari Ngektsai! Video ada di bawah!
Surprisingly bagi Ngektsai, ada banyak tempat boleh di raon di Batu Kawa. Ada masa kelak, dengan SOP norma baru zaman pandemik Covid-19, kitak boleh mbak family raon2 di area2 nok Ngektsai & Dr Sim pernah pergi k! ❤️
Beruntong rasanya menjadi salah seorang pure blood Sarawakian. Bangsa kami hidup harmoni bersama walaupun berlainan bangsa dan agama. Bukan hanya mainan teater dalam video sahaja, hanya jika anda berada di Sarawak dan melihat sendiri bagaimana harmoni ini dikecapi, baru lah anda setuju bahawa Sarawak adalah berlainan. Inilah yang Ngektsai dan Dr Sim sebut2 dalam video, BANGSA SARAWAK. Bangsa apa sekalipun, jawapan kepada soalan “you bangsa apa?” Jawapannya adalah “i Sarawakian!” ❤️
Oleh itu, dalam fasa yang penuh musibah tok, bersyukurlah kita kepada Tuhan dengan apa yang kita ada. Kadang2 kita terlalu melihat apa yang ada pada orang lain sehingga kelebihan dirik sik disedari. Sayangi kita dan berbanggalah. Terimak kaseh dengan Dr Sim, Dr Yellow Ngektsai haha, for being down to earth, melayan Ngektsai dalam 3 episod video ngelayo tok. You are such a good-hearted minister. I am proud to know the fact that u did a video with our late Tok Nan, and now, youre in my video as well. Much loves ❤️
Credit to Motion Foundry team for this opportunity! Lets work together again! Lastly, patuhi norma baru kehidupan, mun sik, jadi kedak watak2 Ngektsai semua kenak sound Dr Sim makei mask kelak. Har har har.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
#discoverbatukawa
Ps : pardon my excitement in this video. Sebagai rakyat marhean, its not everyday menteri bukak pintu kereta for u yer. 😝