15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Syai - The Legendary Ngektsai

Biografi Syai Si Gadis Syaitan


Nama Watak : Syai


Lagu Kegemaran :

Taylor Swift - Look What You Made Me Do

Taylor Swift - Blank Space

Katy Perry - Dark Horse


Makanan/Minuman Kegemaran : Macallan, Wagyu Beef


Quote Watak :

“Suami orang, is a big NO!”

“Why do i stress a boy, when i can get a man”

“I dont need a man to solve my problems, i need a man who wont become a problem”


Personaliti : Licik, Sarkastik, Savage, cepat merasa bosan.


Hobi : Cuci mata dan berkenalan dengan lelaki, menari


Cita-cita : Untuk tidak diperdaya cinta


Kawan karib : Vajeena George


Kenangan pahit : Putus Cinta


Kenangan manis : Menundukkan lelaki


Kronologi :

Syai adalah watak yang diadopsi dari kelompok gadis yang selalu mendapat jolokan gadis syaitan, miang, dan sewaktu dengannya. Personaliti berubah2 mengikut mangsa beliau yang seterusnya, semuanya demi satu tujuan iaitu bermain cinta. Beliau kadang kala muncul dalam episod Ngektsai mengenakan jilbab bagi tujuan itu. Padahal hakikatnya beliau adalah gadis semasa yang sosial, suka bermain cinta dengan lelaki demi kepuasan peribadi. Syai yang sinonim dengan kasut tinggi 5 inci beliau, gemar berdiskusi perihal cinta dan lelaki bersama sahabat baiknya Vajeena George. Malah nasihat dan teknik2 yang disampaikan beliau menampakkan beliau adalah pakar dalam semulajadi lelaki. Watak ini dikatakan agak savage dalam sesuatu penyampaian membuatkan beliau apabila muncul dalam siri Ngektsai, ditunggu2 oleh penonton. Dengan sindiran sinis dan ayat persis sembilu membuatkan penonton bertepuk tangan menonton aksi beliau. Sungguhpun kanvas watak ini diwarnai dengan kegelapan, sebenarnya watak ini mempunyai nilai murni di mana beliau hidup dengan prinsip yang teguh iaitu tidak sekali2 menghancuri rumah tangga wanita yang sudah berkeluarga. Kemunculan watak Syai seangkatan dengan watak Mak Tanggang, sekitar tahun 2016 sehingga kini semakin tajam melancarkan kata2. Watak yang gemar menari ini, mempunyai kelompok peminatnya yang ramai dan tersendiri, bukan kerana peribadi luarannya, tetapi kerana falsafah cintanya.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Mak Tanggang - The Legendary Ngektsai

Biografi Mak Tanggang


Nama Watak : Mak Tanggang


Lagu Kegemaran :

Aishah - Syurga di telapak kaki ibu


Makanan/Minuman Kegemaran :

Pais Ikan Bulu Simanggang

Cencaluk Belawai


Quote Watak :

“Limo ya perah lam laksa serawak, nyaman nyey!”


Personaliti : Keibuan, garang, tegas, suka membebel


Hobi : Membebel


Cita-cita : Menyaksikan Perkahwinan Anaknya Ngektsai


Kawan karib : Cik Kemban


Kenangan pahit : Bukan Hari Raya


Kenangan manis : Hari Raya


Kronologi :

Watak Mak Tanggang diadaptasi dari kelompok masyarakat yang sudah berumur di sekeliling kita. Mak Tanggang adalah antara watak tertua yang muncul sejak fenomena Ngektsai pada awal tahun 2016 dalam episod banjir. Memiliki kualiti dan personaliti orang tua, bebelan dan nasihat sentiasa menitip di bibir Mak Tanggang, selain kasih sayang ibu dan didikan tegas kepada anaknya si Ngektsai. Kerap kali bertikam lidah dengan Ngektsai sehingga dalam sebuah episod lama, Mak Tanggang pernah melakukan sumpahan mengubah Ngektsai menjadi CPU komputer apple. Mak Tanggang mempunyai fahaman orang lama dalam mendidik anak, ketegasan dan kasih sayang merupakan teras didikan beliau kepada anaknya Ngektsai. Bersongket mengikut budaya Melayu tetapi hanya berbaju kurung, Mak Tanggang tetap relevan dalam episod2 Ngektsai sehingga kini.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Porok - The Legendary Ngektsai

Biografi Porok


Nama Watak
: Porok


Lagu Kegemaran :

Nidji - Laskar Pelangi

Goodbye Felicia & Stephanie Poetri - Bimbang


Makanan/Minuman Kegemaran :

Makanan berasaskan kambing

Vanilla Shake


Quote Watak :

“Ini bukan sunnah nabi, ini sunnah pondan!”

“Saya, sebagai bekas ketua tingkatan 5 sains 4!!!”


Personaliti :

Tegas, Bertanggungjawab, Setia kawan, kecoh dan huru hara.


Hobi :

Berkaraoke


Cita-cita :

Seorang pegawai tinggi askar


Kawan karib :

Melissa


Kenangan pahit :

Putus persahabatan dengan Melissa


Kenangan manis :

Ketawa bersama Melissa


Kronologi :

Watak porok diadaptasi dari watak lelaki remaja lembut yang mempunyai ramai kenalan berjantina gadis. Porok dalam dialek Sarawak membawa maksud pondan. Bercelak bawah mata dan berselendang hitam, Porok merupakan ketua tingkatan kelas 5 sains 4, sekelas dengan sahabat baiknya Melissa yang juga merupakan penolong ketua tingkatan 5 sains 4. Berperwatakan huru hara, kemunculan Porok dalam episod2 Ngektsai membawa satu tenaga kelucuan di tahap yang lain. Beliau mempunyai seteru iaitu watak Lova, pernah bersaing untuk gelaran ketua tingkatan 5 sains 4. Watak Porok juga seorang yang tegas dan beliau pernah dalam sebuah episod memarahi Ngektsai kerana layanan biadap Ngektsai terhadap ibunya, Mak Tanggang. Porok berpendirian bahawa untuk berjaya, restu ibu bapa adalah suatu kewajiban. Kemunculan awal Porok adalah sekitar tahun 2016 dalam episod ‘Sunnah Pondan’ dan semakin aktif selepas era baru Ngektsai pada 2019. Nilai murni watak ini tak lain tak bukan adalah sifat setia kawan nya yang tidak berbelah bahagi.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Kayshar - The Legendary Ngektsai

Biografi Kayshar - Cashier Mulut Berbau Taik


Nama Watak
: Kayshar


Lagu Kegemaran : Tiada


Makanan/Minuman Kegemaran : Pulut Panggang Sibu, Roti John Miri


Quote Watak : “Kaki ampu boleh blah!”


Personaliti : Rajin, suka mencuba sesuatu yang baru, tiada perasaan


Hobi : Bekerja


Cita-cita : Mencuba semua pekerjaan di muka bumi.


Kawan karib : Tiada


Kenangan pahit : Bekerja dengan persekitaran kaki ampu


Kenangan manis : Apabila mendapat pekerjaan baru


Kronologi :

Watak Kayshar diadaptasi dari kelompok masyarakat pertengahan di alam pekerjaan. Sukakan cabaran dan sesuatu yang baru, nilai murni watak Kayshar sentiasa dipersoal sebelum era baru Ngektsai pada tahun 2019, di mana wajah ini acapkali muncul dengan pekerjaan baru. Memulakan karier kemunculannya sebagai juruwang, watak Kayshar memiliki ekspresi wajah yang sarkastik, membuatkan kita kadang kala tidak pasti apakah maksud ekspresi wajah beliau. Kayshar juga pernah muncul dalam sebuah episod kronologi di mana sebenarnya watak ini adalah watak yang tidak lekang dari senyuman. Oleh kerana persekitaran pekerjaannya pada ketika itu dikelilingi oleh komuniti kaki ampu, personaliti beliau berubah dari seorang yang murah dengan senyuman kepada sarkastik. Juruwang, penjual cd, mobile spa, adalah antara pekerjaan yang pernah beliau lakukan. Watak Kayshar seawal kemunculannya pada tahun 2016, sehingga kini masih aktif dalam siri Ngektsai.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Kelas Online Watak2 Ngektsai!

Salam perey! 💻 


Video tok rindok mun ditangga berulang2, dapat nangga reaksi sikok2 sidak dalam ya hahaha! Follow
https://www.facebook.com/swinburnesarawak/


Ngektsai masih ingat zaman belajar dolok bangun awal pagi, turun kuliah, lunch, turun lagik kelas petang. Kakya kadang2 malam ada diskusi dengan member2, assignment, projek dan seumpamanya. Memenatkan tapi benda ya memang komitmen pada masa ya sebagai seorang student. Tapi bila dah kerja tok pandei rindu sebab turun ke kuliah ya bukan setakat belajar, tapi ada macam2 pengalaman yg boleh diukir sebagai student. Rindok! Bagi Ngektsai pembelajaran secara face to face dengan lecturer nang best, agak lebih berkesan sebab boleh directly nanyak soalan ngan lecturer or kawan2. Yang paling mustahak, turun kelas kacak2 melobi dirik di pusat tumpuan pelajar, test market bah! 😂


Apakan daya zaman pandemik tok banyak memberik kesan kepada banyak sektor termasuk pembelajaran. Kinek kebanyakan pelajar belajar secara talian, online kata kita. Sik juak madah sik bagus, ada baik n buruknya, tok adalah satu cara utk memutuskan rantaian jangkitan covid19, demi kebaikan kita semua. Bukan setakat kelas, meeting pun banyak dipolah secara atas talian. Ngektsai kadang2 jak meeting makei online, kelas online ya belom pernah la, jadi sekda pengalaman gilak. Tapi dari sumber yg Ngektsai tanyak, ada kebaikan n keburukan la kelas online. Sik kurang juak babak2 lucu masa online class! Hahaha.


Rasa beruntung juak sebab sik perlu melalui zaman online class kedak miak kinek. Turun kuliah personally bagi Ngektsai lagik best! Haha. Tapi yalah, kita berevolusi, pembelajaran sik boleh berhenti demi kemandirian spesies kita di muka bumi. Aie apa dikerepak aku tok?! 😂


Maka dengan itu Ngektsai berharap agar semua kita maseh mengekalkan budaya hormat menghormati walaupun secara online, respect cekgu2 kita ngaja, cekgu2 pun cah palak giney nak ncarik inisiatif untuk pembelajaran yg lebih kreatif dan berkesan, bukan senang ya dik oi! Jangan kawu off mic off kamera lalu bejajoh ke tempat lain! Haie....


Maka hargailah satu sama lain. Kepada student2 di area yg sekda line, bersabar dan usaha lah juak dlm perjuangan carik ilmu. Dengan harapan semoga kerajaan lebih cakna n peka dengan keperluan internet kita khususnya penduduk luar bandar, kita suarakan, “kurniakan kami line internet yang selaju gosip entah apa2 artis Malaysia tersebar please!” Sekian!


Swinburne Sarawak pun sik ketinggalan dlm fasa pandemik covid19! Dengan Canvas Online Learning, swinburne menyediakan pelajar pengalaman kelas secara talian yang lebih berkesan dan aktif kepada pelajarnya! Jum sambong study di Swinburne! Universiti antarabangsa yang berlokasi di Sarawak!


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak




Ps : i tok sik banyak pengalaman online2 tok, kitak org tek? Ada nok perey2 sik? Kongsi ler! Hhahahaha


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.