Biografi Kayshar - Cashier Mulut Berbau Taik
Lagu Kegemaran : Tiada
Makanan/Minuman Kegemaran : Pulut Panggang Sibu, Roti John Miri
Quote Watak : “Kaki ampu boleh blah!”
Personaliti : Rajin, suka mencuba sesuatu yang baru, tiada perasaan
Hobi : Bekerja
Cita-cita : Mencuba semua pekerjaan di muka bumi.
Kawan karib : Tiada
Kenangan pahit : Bekerja dengan persekitaran kaki ampu
Kenangan manis : Apabila mendapat pekerjaan baru
Kronologi :
Watak Kayshar diadaptasi dari kelompok masyarakat pertengahan di alam pekerjaan. Sukakan cabaran dan sesuatu yang baru, nilai murni watak Kayshar sentiasa dipersoal sebelum era baru Ngektsai pada tahun 2019, di mana wajah ini acapkali muncul dengan pekerjaan baru. Memulakan karier kemunculannya sebagai juruwang, watak Kayshar memiliki ekspresi wajah yang sarkastik, membuatkan kita kadang kala tidak pasti apakah maksud ekspresi wajah beliau. Kayshar juga pernah muncul dalam sebuah episod kronologi di mana sebenarnya watak ini adalah watak yang tidak lekang dari senyuman. Oleh kerana persekitaran pekerjaannya pada ketika itu dikelilingi oleh komuniti kaki ampu, personaliti beliau berubah dari seorang yang murah dengan senyuman kepada sarkastik. Juruwang, penjual cd, mobile spa, adalah antara pekerjaan yang pernah beliau lakukan. Watak Kayshar seawal kemunculannya pada tahun 2016, sehingga kini masih aktif dalam siri Ngektsai.