15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Ooo… Begitu rupanya kejadian di sebalik video viral Ngektsai menari dengan glow stick tu!

Tular di media sosial, video Ngektsai menari dengan ‘glow stick’ mendapat lebih 8000 ulang kicau di twitter dalam masa 24 jam.





Video tersebut juga telah dikongsi oleh banyak akaun instagram dan mendapat ribuan tontonan ( lebih 100,000 tontonan dalam 24 jam di twitter ) kerana Ngektsai menggunaan ‘glow stick’ bagi menampakkan kelainan. Dalam video yang nampak bersahaja tersebut, Ngektsai yang hanya mengenakan seluar pendek dilihat membelakangi kamera menimbulkan rasa sangsi kepada penonton. Apabila beliau menoleh mendepani kamera, kelihatan ‘glow stick’ telah dilekatkan pada badan beliau dengan menggunakan pita pelekat.

Menurut komen di media sosial, video tersebut pada awalnya nampak biasa saja, tak kurang juga nampak keanehannya apabila Ngektsai berada pada keadaan tersebut. Sehinggalah apabila lampu ditutup dan magik terjadi. ‘Glow stick’ tersebut nampak seperti ‘orang kayu’ yang bercahaya apabila lampu ditutup! Telatah beliau menari dalam keadaan bercahaya itu mencuit hati pengguna media sosial. Admin turut merasa kagum dengan idea tersebut justeru bertanya sendiri dengan tuan punya video bagaimanakah idea itu boleh timbul.


Apabila dihubungi admin menerusi aplikasi wassap, Ngektsai menyatakan bahawa idea kreatif menarik perhatian tersebut bukanlah asli darinya, kerana sebelum ini beliau pernah menontonnya di media sosial. Walaupun bukan idea asli Ngektsai, video beliau ini telah menjadi trend setter kepada ramai orang. Admin pun teruja untuk mencuba. Banyak komen juga menyatakan bahawa mereka akan mencuba aksi ini kerana video ini nampak sangat menyeronokkan. Tak pernah pulak Admin terfikir nak buat benda simple di luar kotak pemikiran tapi menyeronokkan macam ni. Majoriti pengguna media sosial memuji aksi dalam video ini.

Menurut Ngektsai juga, video ini sepatutnya dihasilkan oleh anak saudara beliau tetapi atas sebab tertentu, anak saudara beliau menolak untuk dirakam. Akhirnya beliau sendiri ke hadapan kamera bagi menjayakan ‘trick’ tersebut. Beliau juga tidak menyangka video tersebut akan tular di media sosial kerana bagi beliau, ianya hanyalah bertujuan sekadar suka-suka. Oh begitu, baru admin faham kenapa Ngektsai hanya mengenakan seluar pendek dalam video ini. Video boleh ditonton di bawah, termasuklah video cubaan yang tidak menjadi oleh anak saudara beliau.

Ngektsai seorang pengguna media sosial yang dikenali dengan video dialek Sarawak yang dihasilkannya, boleh diikuti di laman Youtube ‘NgektsaiArmy Official’ dan ‘Ngektsai Fanclub’, laman instagram dan twitter @ngektsai, dan facebook page ‘Ngektsai Army’.



Tonton video di bawah;


Video di atas merupakan video cubaan yang tidak menjadi anak saudara beliau.






Video di atas merupakan video di sebalik tabir rakaman tersebut.





Video di atas merupakan video yang telah tular di media sosial pada Rabu, 27 Mei 2020.
 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


Cik Kemban pulak ke dapur kali ni... Sedap Ndak Ka Udang Dimasaknya... Jum Tonton!

Cik Kemban dan Udang Masak Lemak!





Jangan lupak subscribe channel Youtube ‘Ngektsai FanClub’ tok. Ngektsai juak pun… Dan follow @ngektsai di instagram! Resepi tok versi Ngektsai yer…

Bahan2;
  1. Bawang Merah 7-8 ulas.
  2. Bawang Putih satu labu.
  3. Kunyit, Serbuk Kunyit pun boleh, sikit jer…
  4. Serai dua batang.
  5. Cili / Cili Padi ikut selera.
  6. Air Santan
  7. Dua Keping Asam Keping.
  8. Sebiji Tomato.
  9. Daun Bawang.
  10. Bawang Besar sebiji.
  11. Udang Galah / Udang Harimau / Apa2 Udang lah!

Cara2 nya;
  1. Tumbuk Bawang Merah, Bawang Putih, Kunyit, Cili Padi sehingga menjadi hampas. Jangan lumat sangat yer…
  2. Panaskan air perahan santan atas dapur.
  3. Masukkan Serai dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perahan santan.
  4. Masukkan Asam Keping, Bawang Besar dan Cili besar.
  5. Masukkan Bawang Besar dan Tomato.
  6. Selepas menggelegak, masukkan Udang pilihan hati ke dalam periuk.
  7. Asingkan Asam Keping supaya masakan tidak terlalu masam.
  8. Masukkan Daun bawang.
  9. Gaul sehingga masak! Siap!

Ngektsai fav na makan udang… Lebih2 agik udang harimau. Resepi tok sesuai bena dimakan ngan nasik panas… Rasanya berlemak2 dengan kerangupan udang segar yang masih terpelihara! Kadang2 Ngektsai campurkan sedikit kicap atas nasi… Cili padi extra, sik sah mun sekda! Weee! Cuba lah! Jangan lupak share!


#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#ngektsaididapur

Tonton video di bawah;





 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


Alaa ingatkan 'kamek' 'kitak' 'bah' trademark orang Sarawak, bukan rupanya... Nak master dialek Sarawak? Tonton video ni, Ngektsai ajar... Sarawak ada trademark dia sendiri tau!

Sarawakians and their ‘aie’ - Tip menguasai dialek Sarawak dari Ngektsai! Belajar secara online di Swinburne University! Daftar sekarang di www.swinburne.edu.my Jangan lupa follow instagram @ngektsai dan utube channel ‘NgektsaiArmy Official’!





Bagi Ngektsai, rata2 penutur natif sesebuah dialek itu dapat dikesan apabila dalam bercakap. Tak kisah la dari negeri mana pun di Malaysia, Kelantan ker, N.Sembilan ker, Sabah ker… Sarawak pun tidak terkecuali. Mungkin ramai yang dari semenanjung Malaysia beranggapan bahawa perkataan ‘kamek’, ‘kitak’, ‘bah’, melambangkan seseorang itu dari Sarawak. Walhal bagi Ngektsai, sebenarnya ada beberapa perkataan lain lagi yang lebih tepat. Salah satu daripadanya ialah perkataan ‘aie’. Ngektsai percaya, untuk menguasai dialek Sarawak, kata kunci ‘aie’ haruslah dikuasai. Aie!

‘Aie’ tidak membawa apa2 maksud, tapi digunakan secara meluas dalam pencakapan Sarawakian. Terdapat pelbagai intonasi dan teknik sebutan dalam ayat boleh diaplikasikan. Contoh2, anda boleh tonton dalam video. Ok Ngektsai nak switch kepada penulisan Sarawak now! Silalah cuba memahami!

Aiee, teraie-aie jak aku mpun nenga aku btuto lam bahasa melaya… ingga sa dirik ku tek, aie! Ko tek nak ngakuk ko tek nemiak Sabah? KL? Thailand kap kun kap? Aie… siney ko nak muang darah serawak lam dirik ko sabila kawu beloya teraie-aie? yer nak? hahaha… Coba padah urang serawak ney sik kalak makei word ‘aie’ time nya kelakar? aieee sik patut… memang ada makei nak? Ngektsai mun word ‘aie’ tuk nang ngambor lam bideo! hahaha. Rindok sa ati sabila nenga word ‘aie’ tuk dalam macam2 intonasi. Sabila ko manas, merajuk, suk, berporet!!! Semua mua situasi, ‘aie’ ya relevan dalam ayat! Suk ngan dialek dimpun, bangga sik ktk org? Bangga lah, dialek kita bah, negeri lain pun samo, ada trademark sidak mpun… Perbezaan itu harus diraikan!

Ada lah juak word lain nok boleh melambangkan si sanok ya dari serawak, tapi bideo tuk fokus ngan ‘aie’ jak dulok. Bah, nakpa lagik ktk urang, share bideo tuk, kongsi tip giney nak master dialek Sarawak ngan urang luar, jangan malu ngan bahasa dimpun… instead, berbanggalah kitak!

Zaman berubah secara drastik, banyak benda kenak tempias kesan pandemic covid, tapi kita sebagai manusia pun unik, berevolusi menyesuaikan dirik ngan keadaan sekeliling. Banyak sektor dan bidang berubah seiring dengan kes covid, termasuklah bidang pendidikan. Sik dapat nak ke kelas nak? Tapi, Universiti Swinburne sik mengabaikan pelajarnya dengan memperkenalkan sistem pengurusan pembelajaran online, CANVAS! Kelas diteruskan macam biasa secara online… Pembelajaran dalam talian di Swinburne disampaikan melalui dua mod iaitu ‘Synchronous’ dan ‘Asynchronous’. Mod ‘Synchronous’ melibatkan sesi kuliah, tutorial atau forum nok disiarkan secara langsung, manakala mod ‘Asynchronous’ melibatkan kuliah nok telah direkod atau video di mana mod tok lebih sesuai untuk pelajar antarabangsa yang mempunyai zon waktu yang berbeza. Sistem CANVAS tok digunakan universiti terkenal seperti Harvard, Stanford dan Yale juak. Hebat nak?



Student dapat membuat carian data dan panduan subjek, menonton video tutorial dan melayari koleksi-koleksi buku elektronik, majalah, surat khabar, rujukan dan tesis atau projek tahun akhir. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus dan biasiswa yang ditawarkan termasuk Bursari BP40 Yayasan Sarawak, hantarkan e-mel kepada study@swinburne.edu.my atau tempah temu janji dalam talian di www.picktime.com/swinburnesarawak untuk sesi kaunseling melalui e-mel, panggilan telefon, chat WhatsApp atau panggilan video. Layari swinburne.edu.my kinek!!!

#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#swinburneonlineclass
#studyonlineswinburne
#swinburnesarawak

PS : Alu lah teraie-aie sidak lam bideo… seranto-ranto aie… mahwaku… Si Porok nakpa lagikk…. nang aek nya melatah…

Tonton video di bawah;


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


.