15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Cik Kemban pulak ke dapur kali ni... Sedap Ndak Ka Udang Dimasaknya... Jum Tonton!

Cik Kemban dan Udang Masak Lemak!





Jangan lupak subscribe channel Youtube ‘Ngektsai FanClub’ tok. Ngektsai juak pun… Dan follow @ngektsai di instagram! Resepi tok versi Ngektsai yer…

Bahan2;
  1. Bawang Merah 7-8 ulas.
  2. Bawang Putih satu labu.
  3. Kunyit, Serbuk Kunyit pun boleh, sikit jer…
  4. Serai dua batang.
  5. Cili / Cili Padi ikut selera.
  6. Air Santan
  7. Dua Keping Asam Keping.
  8. Sebiji Tomato.
  9. Daun Bawang.
  10. Bawang Besar sebiji.
  11. Udang Galah / Udang Harimau / Apa2 Udang lah!

Cara2 nya;
  1. Tumbuk Bawang Merah, Bawang Putih, Kunyit, Cili Padi sehingga menjadi hampas. Jangan lumat sangat yer…
  2. Panaskan air perahan santan atas dapur.
  3. Masukkan Serai dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perahan santan.
  4. Masukkan Asam Keping, Bawang Besar dan Cili besar.
  5. Masukkan Bawang Besar dan Tomato.
  6. Selepas menggelegak, masukkan Udang pilihan hati ke dalam periuk.
  7. Asingkan Asam Keping supaya masakan tidak terlalu masam.
  8. Masukkan Daun bawang.
  9. Gaul sehingga masak! Siap!

Ngektsai fav na makan udang… Lebih2 agik udang harimau. Resepi tok sesuai bena dimakan ngan nasik panas… Rasanya berlemak2 dengan kerangupan udang segar yang masih terpelihara! Kadang2 Ngektsai campurkan sedikit kicap atas nasi… Cili padi extra, sik sah mun sekda! Weee! Cuba lah! Jangan lupak share!


#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#ngektsaididapur

Tonton video di bawah;





 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


.