15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Mak Tanggang masak masakan eksotik - Pais Ikan Bulu Potot!

Video Mak Tanggang masak masakan eksotik - Pais Ikan Bulu Potot





Bahan2 (ikut berapa banyak ikan bulu kau ada);
  1. Bawang Merah
  2. Bawang Putih
  3. Serai dipotong2
  4. Cili Padi, tak padi pun boleyyy
  5. Garam, Aji secukup rasa
  6. Serbuk Kunyit
  7. Kelapa parut
  8. Daun singkel(Tak tahu la apa bahasa Melayu dia, sama kot~)
  9. Daun kunyit
  10. Daun Pisang
  11. Of kozzz Ikan Bulu!


Ikan bulu ni ikan rare! Tak semua tempat di Sarawak ada ikan bulu. Ikan bulu ikan sungai, palinh banyak kat sungai yang ada buaya... macam sungai Batang Lupar di Simangganh Sarawak. Hihihi... Ikan bulu consider mahal bagi Ngektsai ok, 5 ekor levih kurang rm10. 😭 (lebih kurang la, kalau yang ada telur lagi menangis semasa membeli)



Cara2 membuat simple jerrr;
  1. Tumbuk bahan asas macam bawang merah, putih n cili.
  2. Masukkan sikit demi sedikit kelapa parut dan tumbuk sekali
  3. Campurkan bahan tumbuk dengan garam, aji(bicin kata org serawak), dan serbuk kunyit.
  4. Gaul dengan tangan... emmm ni yang buat sedap!
  5. Susun ikan bulu atas daun pisang.
  6. Tabur bahan campuran tadi ke atas ikan bulu.
  7. Tabur daun singkel
  8. Tabur daun kunyit.
  9. Lipat daun pisang dan kukus lebih kurang 10-15 minit.
  10. Makan dengan nasi panas. K bye!

Resepi ni Ngektsai slalu makan kalau di kampung jer sebab kat bandar susah nak cari ikan bulu. Kalau ada pun mahal. Dah la ikan tu ikan bermusim. So, agak eksotik bagi Ngektsai la... hihi... selamat mencuba masakan kampong! Resepi ini diajar dengan tegas oleh Haji Saini dan Hajah Zeliha. 😂


#The#Ngektsai
#thelegendaryngektsai


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


.