15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Ooo… Begitu rupanya kejadian di sebalik video viral Ngektsai menari dengan glow stick tu!

Tular di media sosial, video Ngektsai menari dengan ‘glow stick’ mendapat lebih 8000 ulang kicau di twitter dalam masa 24 jam.





Video tersebut juga telah dikongsi oleh banyak akaun instagram dan mendapat ribuan tontonan ( lebih 100,000 tontonan dalam 24 jam di twitter ) kerana Ngektsai menggunaan ‘glow stick’ bagi menampakkan kelainan. Dalam video yang nampak bersahaja tersebut, Ngektsai yang hanya mengenakan seluar pendek dilihat membelakangi kamera menimbulkan rasa sangsi kepada penonton. Apabila beliau menoleh mendepani kamera, kelihatan ‘glow stick’ telah dilekatkan pada badan beliau dengan menggunakan pita pelekat.

Menurut komen di media sosial, video tersebut pada awalnya nampak biasa saja, tak kurang juga nampak keanehannya apabila Ngektsai berada pada keadaan tersebut. Sehinggalah apabila lampu ditutup dan magik terjadi. ‘Glow stick’ tersebut nampak seperti ‘orang kayu’ yang bercahaya apabila lampu ditutup! Telatah beliau menari dalam keadaan bercahaya itu mencuit hati pengguna media sosial. Admin turut merasa kagum dengan idea tersebut justeru bertanya sendiri dengan tuan punya video bagaimanakah idea itu boleh timbul.


Apabila dihubungi admin menerusi aplikasi wassap, Ngektsai menyatakan bahawa idea kreatif menarik perhatian tersebut bukanlah asli darinya, kerana sebelum ini beliau pernah menontonnya di media sosial. Walaupun bukan idea asli Ngektsai, video beliau ini telah menjadi trend setter kepada ramai orang. Admin pun teruja untuk mencuba. Banyak komen juga menyatakan bahawa mereka akan mencuba aksi ini kerana video ini nampak sangat menyeronokkan. Tak pernah pulak Admin terfikir nak buat benda simple di luar kotak pemikiran tapi menyeronokkan macam ni. Majoriti pengguna media sosial memuji aksi dalam video ini.

Menurut Ngektsai juga, video ini sepatutnya dihasilkan oleh anak saudara beliau tetapi atas sebab tertentu, anak saudara beliau menolak untuk dirakam. Akhirnya beliau sendiri ke hadapan kamera bagi menjayakan ‘trick’ tersebut. Beliau juga tidak menyangka video tersebut akan tular di media sosial kerana bagi beliau, ianya hanyalah bertujuan sekadar suka-suka. Oh begitu, baru admin faham kenapa Ngektsai hanya mengenakan seluar pendek dalam video ini. Video boleh ditonton di bawah, termasuklah video cubaan yang tidak menjadi oleh anak saudara beliau.

Ngektsai seorang pengguna media sosial yang dikenali dengan video dialek Sarawak yang dihasilkannya, boleh diikuti di laman Youtube ‘NgektsaiArmy Official’ dan ‘Ngektsai Fanclub’, laman instagram dan twitter @ngektsai, dan facebook page ‘Ngektsai Army’.



Tonton video di bawah;


Video di atas merupakan video cubaan yang tidak menjadi anak saudara beliau.






Video di atas merupakan video di sebalik tabir rakaman tersebut.





Video di atas merupakan video yang telah tular di media sosial pada Rabu, 27 Mei 2020.
 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS


.