15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Monyeng - The Legendary Ngektsai

Biografi Monyeng


Nama Watak : Monyeng


Lagu Kegemaran :

OST Shin Chan

OST Sailormoon


Makanan/Minuman Kegemaran :

Keropok Tam Tam

Air sejuk


Quote Watak :

“Mak, kamek ada molah pahala ari tok tek!”

“Kerak kamek dah tumbuh bulu, kerak kitak belum tentu gik!”


Personaliti :

Seorang yang ceria, innocent, genius dan mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi.


Hobi :

Bermain dengan kucing Ngektsai iaitu Axlan Exora Makadingding


Cita-cita :

Merampas kekayaan ibunya Cik Kemban


Kawan karib :

Axlan Exora Makadingding (Kucing Ngektsai)


Kenangan pahit :

Menerima ugutan dari ibunya Cik Kemban untuk lari dari rumah.


Kenangan manis :

Hari pertama datang bulan.


Kronologi :

Monyeng merupakan anak tunggal kepada janda kaya iaitu Cik Kemban. Watak ini diadaptasi dari kelompok usia muda masyarakat kita. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, Monyeng seringkali muncul dalam episod2 Ngektsai dengan pelbagai persoalan. Beliau pernah menggunakan baju gaun panjang seawal kemunculannya dahulu sehinggalah episod beliau mengalami proses transasi dari kanak2 kepada gadis remaja(datang bulan). Sejak itu Monyeng muncul dalam episod Ngektsai mengenakan gaun putih pendek. Walaupun Monyeng seorang yang genius, beliau juga seorang yang innocent dan baik hati. Sebagai contoh dalam episod bersama Pak Ngek, beliau pernah diperalat sehingga Pak Ngek berjaya memperdaya beliau sehingga dimarahi oleh ibunya, Cik Kemban. Kemunculan beliau di layar Ngektsai adalah seawal tahun 2016 dan sehingga kini, Monyeng memiliki kelompok peminatnya tersendiri dan antara salah satu watak yang paling digemari dalam siri Ngektsai.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.