15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Wajah Ngektsai Menghiasi Bas Klinik Pergigian Bergerak Sarawak!

Salam Ikon Gigi!


Jum Ngektsai share sikit tips jaga gigi cara Ngektsai. Senang jak, berus 2 kali sehari makei ubat gigi berfluorida, kakya jangan dibasoh trus. Mbak bueh dalam mulut ya sekali masa mandik. Biar fluorida ya bertindak balas menhasilkan lapisan pelindong ngan gigi kitak! Floss iboh lupak pakei, penting k muang taik ogek rah celah gigi. Taik ogek nya mun dah keras ngeritin, jadi karang gigi nyey. Nok ya nyuroh mulut bebau tauk sik! Hihi. Yang paling penting, jumpa dokto gigi bertauliah at least sekali setaun! Ingat birthday, ingat la jumpa dokto gigi… macam kitak renew insurans moto juak bah. Jangan nisik2… aset gigi kita ya, aset sampei tua.


Cita ritok tek dating ngan Dr Amin, Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak… biasalah bincang tentang aktiviti n sumbangan Ngektsai kepada masyarakat bukan hanya sebagai frontliner covid k, tapi sebagai ikon gigi Sarawak kepada masyarakat. Bercerita tentang berat sik tanggungjawab ikon gigi? Jawapan Ngektsai sik lah. Nang udah habit dari kecik jaga gigi, so sekda masalah nak maintain. To be honest, sik kesah gigi kitak kaler kunin sikit ka, swing ka, yang penting gigi n gusik sihat! Kompiden kita senyum. Persiapkan gigi kitak untuk fasa seterusnya bila kita dah sik perlu makei face mask kelak k! 😁



Aok eh, nak share juak benda nok molah Ngektsai excited ritok! Sidak bahagian pergigian Sarawak ada klinik gigi bergerak. Bas la, bas klinik gigi. Kakya nok best nya, muka Ngektsai akan menghiasi bas ya kelak. Alu asak la ati Ngektsai nenga tek. Mun Siti Nurhaliza mukanya rah belon, muka Ngektsai terjentang kat bas! Janji ada bah! Hahaha. Semoga gigi original Ngektsai yang “diwhiteningkan” akan jadi inspirasi ktk org untuk menjaga kesihatan gigi!


Yang join dating kmk duak Timbalan Pengarah tek adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian kesihatan pergigian JKNS, Dr Ignatius dan my new mentor, Dr Ling Jin Huat Pegawai Pergigian UG44. And to Sister Cassia, thanks for the shots! 📸 Selamat menyambut Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2021!


#TheNgektsai

#thelegendaryngentsai

#NgektsaiOfSarawak

#iggsarawak


Ps : Thanks Dr Magillan, my former mentor, beliau kembali ke Semenanjung Malaysia untuk meneruskan perkhidmatan beliau. Harus Ngektsai bergamba ngan muka dimpun inggey bas ya kelak. Muka Ngektsai menghiasi Klinik Bergerak Pergigian Sarawak? Yup! Salah satu pencapaian lagi. 💪🏽


https://www.facebook.com/dentalsarawak/





 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.