15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Vajeena George - The Legendary Ngektsai

Biografi Vajeena George


Nama Watak
: Vajeena George


Lagu Kegemaran :

Dua Lipa - IDGAF

Amy Winehouse - Valerie


Makanan/Minuman Kegemaran : Roti Canai, Maggi Kari Telur


Quote Watak :

“B*tch please!”

“I can miss something, but not want it back!”


Personaliti : Outgoing, positive, sarkastik


Hobi : shopping


Cita-cita : Gadis Litar


Kawan karib : Syai


Kenangan pahit : Single


Kenangan manis : In a relationship


Kronologi

Watak Vajeena George diadopsi dari movie “Mean Girls” sebagai pelengkap kepada watak Syai. Army of skank kepada Syai, Vajeena merupakan sistem sokongan kepada Syai dalam isu cinta dan dalam penyampaian mesej sarkastik. Watak yang masih diklasifikasi sebagai komuniti gadis syaitan, Vajeena George sentiasa mempunyai propaganda dalam isu cinta. Sungguhpun begitu, kualiti setia kawan dan level sarkastik beliau membuatkan kehadirannya dalam episod Ngektsai ditunggu2. Seperti teman baiknya Syai, Vajeena George mempunyai misi yang sama seperti Syai. Bezanya, teknik dan pendekatan beliau lebih halus berbanding Syai. Kepetahan beliau berbahasa Inggeris memaparkan imej yang lebih berkeyakinan dan elegan bagi watak ini. Pernah berjaya menerima undian tinggi dari penonton untuk mengekalkan beliau dalam siri Ngektsai sejak kemunculannya pada 2019, selepas era baru siri Ngektsai. Sehingga kini, Vajeena George masih relevan dan mempunyai kelompok peminat beliau tersendiri. Pernah dikatakan oleh penonton, gabungan Vajeena George dan Syai adalah gabungan yang tidak terkalahkan dalam penyampaian isu sarkastik. Mereka ini mendapat jolokan gelaran “Too Savage” oleh penonton2 siri Ngektsai.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Melissa - The Legendary Ngektsai

Biografi Melissa Jedun


Nama Watak : Melissa


Lagu Kegemaran :

OAG - Figura Melaya

Goodbye Felicia & Stephanie Poetri - Bimbang


Makanan/Minuman Kegemaran : Nasi Beras Bario, Ayam Pansuh, Laksa Sarawak


Quote Watak :

“Ukai Kelvin nama nyak, kibinnnn!”

“Saya, sebagai bekas penolong ketua tingkatan 5 sains 4!”


Personaliti : Ceria, Konkrit, Supportive, Setia Kawan


Hobi : Mengiyakan setiap kata2 Porok


Cita-cita : Jurubahasa


Kawan karib : Porok


Kenangan pahit : Putus sahabat dengan Porok


Kenangan manis : Ketawa bersama Porok


Kronologi :

Watak yang diadopsi dari kelompok remaja masyarakat majmuk kerana Melissa merupakan gadis kacukan Melayu dan Iban. Berperwatakan ceria dan supportive, Melissa kadang kala berdialek baku dalam kemunculannya pada siri Ngektsai. Merupakan sahabat baik Porok dan menerima jolokan nama Melissa Jedun dari sahabat baiknya itu. Menggegarkan media sosial dengan jutaan tontonan apabila Melissa pernah menggunakan dialek ibannya dalam sebuah episod menggamit kelucuan penonton dengan gayanya menzahirkan sebutan dalam dialek iban. Sepert teman baiknya, Melissa juga memiliki semangat setia kawan yang agak utuh, sebuah nilai murni yang wajar dicontohi. Keberadaan Melissa dilihat saling melengkapi satu sama lain dengan Porok memaparkan kepelbagaian latar belakang dan keindahan masyarakat itu sendiri. Kemunculan Melissa mungkin agak kurang dikesan tapi sebenarnya tanpa disedari, usia watak Melissa adalah seusia watak Porok kerana mereka pernah digandingkan sekitar tahun 2016-2017. Sehingga kini, watak Melissa dilihat masih terus berkembang dan mempunyai kualiti sendiri untuk berdiri sebaris dengan watak2 lain.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Cik Kemban - The Legendary Ngektsai

Biografi Cik Kemban


Nama Watak : Cik Kemban


Lagu Kegemaran :

Lizzo - Juice

Salleh Yakub - Ada tak ada


Makanan/Minuman Kegemaran :

Laksa Sarawak

Mi Kolok

Lamb Rack


Quote Watak :

“Jiran kitak ya nang sik dapat ditalo! Maok berbukut entam nya!”

“Heh, nya nak berjaya sukati nya, yang penting anak mak belajar!”


Personaliti : Tegas, Peramah, busy body, seksi


Hobi : Bergosip


Cita-cita : Pereka fesyen kemban


Kawan karib : Mak Tanggang, Mak Darot


Kenangan pahit : Pernah hidup miskin


Kenangan manis : Berjaya masuk ke Mall dengan hanya berkemban.


Kronologi :

Watak Cik Kemban diadaptasi dari imaginasi kelompok masyarakat berumur yang berjaya. Watak Cik Kemban seperti yang kebanyakan sudah maklum, beliau adalah seorang yang kaya raya kerana perusahaan perniagaannya yang besar, lihat saja lah rumah agam miliknya dalam episod kronologi beliau. Ironinya, Cik Kemban masih berkemban walaupun punya harta yang banyak, dan sebab berkemban masih tidak diketahui. Ibu kepada watak Monyeng ini berperwatakan asimilasi golongan tua dan pertengahan. Gemar bertandang ke rumah sahabat karibnya Mak Tanggang, beliau kerap kali datang membawa isu dan gosip untuk dibawa ke medan perbincangan. Kehadiran watak Cik Kemban dalam siri Ngektsai merupakan suatu tindakan yang berani kerana pemakaian beliau yang dikatakan agak seksi walaupun pada hakikatnya menutup aurat si pelakon. Kemunculan awal watak ini adalah tanpa skarf penutup kepala sehingga kini masih relevan dalam siri Ngektsai kerana aura berkemban yang tidak dimiliki oleh mana2 orang sebelum ini diketengahkan dengan tahap keyakinan yang tinggi oleh empunya diri. Cik Kemban adalah antara watak yang diklasifikasikan sebagai demanding kerana permintaan untuk watak ini muncul dalam episod Ngektsai adalah tinggi oleh peminatnya.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.