Biografi Melissa Jedun
Lagu Kegemaran :
OAG - Figura Melaya
Goodbye Felicia & Stephanie Poetri - Bimbang
Makanan/Minuman Kegemaran : Nasi Beras Bario, Ayam Pansuh, Laksa Sarawak
Quote Watak :
“Ukai Kelvin nama nyak, kibinnnn!”
“Saya, sebagai bekas penolong ketua tingkatan 5 sains 4!”
Personaliti : Ceria, Konkrit, Supportive, Setia Kawan
Hobi : Mengiyakan setiap kata2 Porok
Cita-cita : Jurubahasa
Kawan karib : Porok
Kenangan pahit : Putus sahabat dengan Porok
Kenangan manis : Ketawa bersama Porok
Kronologi :
Watak yang diadopsi dari kelompok remaja masyarakat majmuk kerana Melissa merupakan gadis kacukan Melayu dan Iban. Berperwatakan ceria dan supportive, Melissa kadang kala berdialek baku dalam kemunculannya pada siri Ngektsai. Merupakan sahabat baik Porok dan menerima jolokan nama Melissa Jedun dari sahabat baiknya itu. Menggegarkan media sosial dengan jutaan tontonan apabila Melissa pernah menggunakan dialek ibannya dalam sebuah episod menggamit kelucuan penonton dengan gayanya menzahirkan sebutan dalam dialek iban. Sepert teman baiknya, Melissa juga memiliki semangat setia kawan yang agak utuh, sebuah nilai murni yang wajar dicontohi. Keberadaan Melissa dilihat saling melengkapi satu sama lain dengan Porok memaparkan kepelbagaian latar belakang dan keindahan masyarakat itu sendiri. Kemunculan Melissa mungkin agak kurang dikesan tapi sebenarnya tanpa disedari, usia watak Melissa adalah seusia watak Porok kerana mereka pernah digandingkan sekitar tahun 2016-2017. Sehingga kini, watak Melissa dilihat masih terus berkembang dan mempunyai kualiti sendiri untuk berdiri sebaris dengan watak2 lain.