15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Cik Kemban - The Legendary Ngektsai

Biografi Cik Kemban


Nama Watak : Cik Kemban


Lagu Kegemaran :

Lizzo - Juice

Salleh Yakub - Ada tak ada


Makanan/Minuman Kegemaran :

Laksa Sarawak

Mi Kolok

Lamb Rack


Quote Watak :

“Jiran kitak ya nang sik dapat ditalo! Maok berbukut entam nya!”

“Heh, nya nak berjaya sukati nya, yang penting anak mak belajar!”


Personaliti : Tegas, Peramah, busy body, seksi


Hobi : Bergosip


Cita-cita : Pereka fesyen kemban


Kawan karib : Mak Tanggang, Mak Darot


Kenangan pahit : Pernah hidup miskin


Kenangan manis : Berjaya masuk ke Mall dengan hanya berkemban.


Kronologi :

Watak Cik Kemban diadaptasi dari imaginasi kelompok masyarakat berumur yang berjaya. Watak Cik Kemban seperti yang kebanyakan sudah maklum, beliau adalah seorang yang kaya raya kerana perusahaan perniagaannya yang besar, lihat saja lah rumah agam miliknya dalam episod kronologi beliau. Ironinya, Cik Kemban masih berkemban walaupun punya harta yang banyak, dan sebab berkemban masih tidak diketahui. Ibu kepada watak Monyeng ini berperwatakan asimilasi golongan tua dan pertengahan. Gemar bertandang ke rumah sahabat karibnya Mak Tanggang, beliau kerap kali datang membawa isu dan gosip untuk dibawa ke medan perbincangan. Kehadiran watak Cik Kemban dalam siri Ngektsai merupakan suatu tindakan yang berani kerana pemakaian beliau yang dikatakan agak seksi walaupun pada hakikatnya menutup aurat si pelakon. Kemunculan awal watak ini adalah tanpa skarf penutup kepala sehingga kini masih relevan dalam siri Ngektsai kerana aura berkemban yang tidak dimiliki oleh mana2 orang sebelum ini diketengahkan dengan tahap keyakinan yang tinggi oleh empunya diri. Cik Kemban adalah antara watak yang diklasifikasikan sebagai demanding kerana permintaan untuk watak ini muncul dalam episod Ngektsai adalah tinggi oleh peminatnya.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.