15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Isu Guru Diketawa dan Vaksin!

Salam viral!


Video di bawah! Fuhh panas ya... Dalam kesulitan kita dihimpit musibah Covid, kita sik terlepas dengan isu2 viral di sekeliling. Isu kali tok agak panas bagi Ngektsai sebab isu tok trigger hotspot dalam diri Ngektsai di mana warga pendidik diperkotak katikkan. Ktk org yg lamak follow Ngektsai pun tauk ada banyak juak video Ngektsai backup warga pendidik kerana dalam diri Ngektsai dah disemai untuk menyanjung tinggi warga ini. Tanpa warga ini, Ngektsai tidak akan sampai ke tahap tok. Bukan hanya Ngektsai tapi Ngektsai percaya ramai lagik sidak di luar merasakan apa yang Ngektsai rasa.


Paling terkilan bagi Ngektsai adalah apabila membaca komen melibatkan isu kenegerian disebut2. Ngektsai tidak akan mempertahankan apa2 tentang kenegerian kerana bagi Ngektsai di mana2 pun sama, u did wrong, face the consequences.



Mengulas isu video mentertawakan cikgu yang sedang mencurahkan ilmu kepada pelajar ini, Ngektsai secara peribadi merasakan perbuatan tersebut adalah biadap. Lebih2 lagik pada fasa pandemik di mana warga pendidik sedang berjuang seperti kami(frontliner) untuk mendidik anak bangsa yang bakal meneraju kita di masa depan. Perbuatan seperti ini mampu memberik contoh sik baik kepada generasi muda that its okay to do so, which is so wrong. Warga pendidik selayaknya dihormati.



Ngektsai pasti pihak yang berkaitan sudahpun mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku ini. Ngektsai juga pasti si pelaku pasti sedang meratapi perbuatannya sendiri. Biarlah kejadian2 seperti tok menjadi iktibar dan peringatan kepada kita bahawa kesan perbuatan tok tidak hanya kepada dirik sendirik tetapi kepada reputasi dan kerjaya si pelaku. Ngektsai selalu berpesan, nak jadi famous mudah saja. Tapi untuk memilih famous dengan cara yang baik atau cara yang hina, pilihan di tangan sendiri... fikir2kanlah...


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak




 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.