15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Video Isu Jarum dan Vaksin!

Salam Vaksin! 💉🦠


Video ada di bawah! Dolok time zaman sik aktif social media, Ngektsai sik tauk pun kewujudan puak anti-vaksin, puak flat-earth n so n so... menyedari kewujudan puak2 macam tok baruklah Ngektsai sedar ada pelbagai jenis manusia n peel manusia di muka bumi. Apapun, semua pasti ada alasan sendirik kenak memihak kepada sesuatu puak. Ngektsai sendiri, tetap berpihak kepada mereka yang pro-vaksin. Sebab dari kecik dah kenak vaksin. Hihi.


Pelbagai spekulasi dan propaganda kita boleh baca di media sosial tentang isu vaksin. Sekda org melarang kita baca, tapi pastikan pengetahuan dan pendirian kita utuh apabila membacanya. Mun iman sik koat, goyah juak koh kepercayaan. Sebab sidak anti-vaksin sentiasa ada isu untuk mengelirukan masyarakat supaya memilih untuk tidak divaksinkan.



Sebagai seorang individu yang belajar aliran sains dan bekerjaya dalam bidang perubatan, Ngektsai menyeru masyarakat agar bersama2 mencegah jangkitan covid19 melalui suntikan vaksin covid19. Seperti yang Ngektsai lakonkan dalam video, yes setiap vaksin ada risikonya, tapi kebaikan vaksinasi adalah jauh melebihi keburukannya. Ingat kembali apakah vaksin kita sebagai rakyat Malaysia pernah ambik. Tindakan kerajaan untuk program vaksinasi rakyat merupakan ikhtiar untuk mencegah kemudaratan kepada rakyat negara kita, tidak lebih dari itu. Agar, aktiviti ekonomi etc akan berlangsung seperti biasa demi kelangsungan hidup kita. Justeru kita sebagai rakyat bekerjasamalah dalam usaha kerajaan membendung permasalahan tok. Janganlah ditambah lagik masalah dalam masalah yang sudah sedia ada.



Program vaksinasi covid19 dijalankan mengikut fasa, dan Ngektsai bersama rakan seperjuangan lain sedang menjalani proses vaksinasi, diikuti kelompok masyarakat lain pada fasa2 berikutnya. Bacalah sumber bacaan yang sahih dan dipercayai tentang vaksinasi covid tok, agar kepercayaan tidak terpesong.


Akhir kata, Ngektsai udah, kitak orang gik! Ajuh! Mok raya sik? Hahaha...


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak


Ps : baca lah tentang VAKSIN, jangan berhujah anda anti-vaksin apabila anda bukan seorang yang berpengetahuan dalam bidang ini.




 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.