15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Busana Lebaran Ngektsai (MUST READ)

Salam Lebaran 2020.





Lebaran 2020, Ngektsai mengenakan baju melayu moden selari dengan perkembangan ‘modest fashion’ terkini. Penggunaan fabrik yang tak dikenal pasti jenisnya keluaran Fah Company India Street bertona kuning cair matching dengan tona kulit Ngektsai yang cerah.

Sentuhan halus jahitan apek cina tersohor kedei sukut atas Wisma Hopoh dengan kemasan jahitan mengikut design baju raya tahun2 lalu lagi, terbukti kemas dan kukuh sehingga boleh direcycle sehingga 10 tahun asalkan si pemakai tak bertambah gemuk. Pembuatan mengambil masa berbulan lamanya menunjukkan ketelitian penjahit menyiapkan baju melayu ini walaupun selepas PKP tak siap lagi walaupun dibebel.

Penggunaan 4 butang bercorak mewah tapi murah yang direcycle dari baju raya 5 tahun lalu menambah seri baju melayu Ngektsai. Pereka agak bijak menggunakan bukan 5 lubang butang menampakkan pemakai nampak tinggi padahal pendek dan comel orangnya. Pilihan sampin mewah berharga RM20 selepas ditawar bermatian dengan penjual, bertona putih dibeli 3 tahun lalu di bazaar raya Satok melambangkan keterunaan si Ngektsai.

Pun begitu, fesyen baju melayu moden Ngektsai 2020 masih mengekalkan ciri2 baju melayu traditional seperti kolar cekak musang sesuai dengan leher Ngektsai yang kurang lebih jinjang. Harganya sesuai dengan line-up baju melayu moden butik mewah dengan kos jahitan RM180 dan si pemakai masih merungut sebab macam mahal.


#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#rayangektsai2020


Ps : moral of the post; pakei jak barang2 recycle... ko meli nok mahal2 pun sekda urang nak lalek. Mun ko konfiden, apa2 ko pakei mesti nampak mahal padahal murah n dikitar semula. Har har har 😂 selamat hari raya 2020! Sapa meneka betul kaler baju Ngektsai dalam story tadi, tahniah. Ktk org nang sporting walaupun saya tak reply. Saya baca tau! 😜
SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.