15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Discover Batu Kawa Ep2/3 feat Dr Sim kui Hian!

Discover Batu Kawa Ep2/3! 🛣


Video ada di bawah! Episod 2 diteruskan dengan kmk duak @dr.sim.kui.hian beriadah di MJC park! Sambil2 ya beloya lah kmk duak tentang pembangunan di Batu Kawa, dan tentang giney rasanya menjadi seorang Ngektsai. Hihihi...


Iboh heran nangga bideo kmk duak episod tok. Oleh kerana kmk duak dah sik kekok sama dirik, makin jadi olah kmk duak. Belom ktk org nangga episod 3 gik. Hahaha Bah layan la video tok, kmk duak lepak2 d kopitiam, raon di market sayo, jual sayo hahahaha, raon d emart... semua di Batu Kawa Kuching!


Episod 3 lepas tok finale! A must watch episode! Rugi sik nangga. Kenak? Sebab Ngektsai menemukan Dr S dengan watak2 Ngektsai! Hahaha... tedah Dr S kenak uras oleh Ngektsai. Thank you Dr S! You nang best!


Join telegram group Dr Sim juh, klik link debah;

https://t.me/drsimkuihian


Thank you juak kepada team @motion.foundry for the video! Rasa ndiat rancangan tv nak? Hahaha... ❤️


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Awas! Komuniti Pengumpat!

Salam Swipel! 🐜🪰


Mengumpat merupakan sigek aktiviti yang hampir semua orang pernah polah, sebab mengumpat tok dah macam budaya. Mengumpat tok menyeronokkan, rasa puas bila kelaka pasal orang lain. Ada jenis orang nang pantang nangga orang lain, bagus ka sik bagus orang ya, kompom diumpat. Manusia gia nang banyak. Nang hobinya ngumpat. Lega nya lepas ngumpat, dah macam penawar hati dah aktiviti pengumpat. Jijik. Sebab apa suka ngumpat? Sebab kita manusia. Aku pun ngumpat juak, macam ktk org. Tapi bila satu hari, aku merati kenalan zaman dolok, asal orang ya sekda di sia, nya kompom jadi topik umpatan dan perbualan. Aku terpikey la, mun aku sekda di sia, ya mudah aku gik diumpat. Sejak ya, aku menjarakkan dirik. Toxic. Tapi aku sik berhenti mengumpat, cuma meneruskan umpatan dengan org nok bena2 aku cayak jak, nok sikkan ngumpat ko depan orang lain. Tapi adakah kita bena2 pasti bahawa orang yang dicayak tek sik nganok kita dari belakang? Awas!


Sebagai contoh, watak2 ciptaan Ngektsai, masing2 punya keseronokan sendiri, kualiti sendiri, tapi dalam masa yang sama mun nak diumpat, macam2 boleh diumpat pada setiap watak ya. Pokoknya semua orang boleh diumpat. Terpulang pada setiap individu nak melihat individu lain ya pada sudut yang positif atau negatif. Mun dah hijab nya dibukak utk nangga benda jaik jak jak, nang jaik la semua ditangga nya dan sebaliknya. Sebaiknya, bila ko nangga sigek geng tok suka ngumpat orang lain, jarakkan dirik. Giney seronok ko nenga sidak ngumpat orang lain, gia lah seronoknya orang lain nenga kawu diumpat sidak. Simple! Kata ku ajak bah, mulut orang nang sik dapat ditutup, cuma dapat ditumpu k buku limak jak 😆


Sebelum kita ngumpat, pastikan rumah kita bebas serangga perosak. Dah la kita suka ngumpat tek nak, mun rumah pun banyak serangga perosak, makin jijik lah kita nak ooo? At least rumah sik jijik kedak mulut kita lah k. Kita kan manusia suka ngumpat. 😆


Maka pakei lah produk Swipel tok. Ngarey di market2 berhampiran kita. Ngektsai dah lamak makei benda tok di rumah. 2 kali dah pernah bekerjasama ngan sidak. So far rumah Ngektsai sik sejijik mulut pengumpat lah. Alhamdulillah berdebu sikit tapi bersi... sekda semut2 dak lipas. Tikus pun ngabas2 jak, sik suka nya rumah Ngektsai sebab ada bau serai wangi atas padong, dan ada Axlan Exora Makadingding! 😼



Follow page tok untuk info lanjut produk lain sidak!


https://www.facebook.com/AFYconsumer/

@afyhaniff_consumer


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak


Maksud peribahasa;

  1. Kalau kepalanya ular, masakan ekornya belut - Yang jahat tetap jahat
  2. Geleng seperti patung kenyang - Berjalan sombong!
  3. Air beriak tanda tak dalam - Banyak cakap selalunya tak banyak ilmu
  4. Angan2 menerawang langit - Bercita2 tinggi
  5. Berdiang di abu yang dingin - Meminta pertolongan dengan orang yang tak dapat menolong
  6. Hidung dicium, pipi digigit - Kasih sayang yang pura2


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Ngektsai feat Dr Sim Kui Hian - Discover Batu Kawa!

Salam Batu Kawa! Ep 1/3 🛣


Video ada di bawah sekali! Kali tok Ngektsai molah sedikit kelainan dari video2 yang lain. Ngektsai cuba molah siri rancangan jalan2... tapi jangan bingong, video cerita2 akan ke udara macam biasa. Support la cubaan Ngektsai untuk rancangan macam tok dengan menekan share k! Coba2 bah jadi host dalam video dimpun. Jemputan Ngektsai dalam siri tok adalah Dr Sim Kui Hian, sebab nya megang kawasan Batu Kawa, nya tauk banyak gik pasal Batu Kawa, senang Ngektsai nak explore.



To be honest sebagai orang kelahiran Simanggang tapi membesar hampir sepenuhnya di Kuching, first time juak Ngektsai ninjak pasar lamak Batu Kawa. Hahaha. Agak nostalgik juak la perasaan raon d pasa lamak. Nok pastinya, Batu Kawa kinek makin pesat membangun, demi keselesaan penduduk2nya.




Bah, bagi siapa2 rasa nak raon, car ride, boleh try jalan2 di Batu Kawa, banyak tempat makan ala2 kopitiam bah, murah jer, yang penting nyaman! Jangan lupak nangga episod seterusnya k! Ngektsai nak menemukan Dr Sim dengan watak2 lain Ngektsai gik. Muahaha! 😈


#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak


Ps : Okay sik video kedak tok? Mok Ngektsai molah macam tok di tempat ktk orang? Share lah, dan beriklah cadangan! Yay!


Ps : Makseh juak ngan sahabat perjuangan Ngektsai, Dr Sim Kui Hian sebab sudi join video Ngektsai. Sekali sekala bala2 frontliner invade pasaran pengacaraan bah! Sik ku medo Dr Sim tok nang humble giler! Follow fb page nya k!


https://www.facebook.com/dr.sim.kui.hian/


Aok, Dr Sim ada group telegram juak! Join la! Klik link debah;


https://t.me/drsimkuihian


Tonton Episod 1/3 di bawah;


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

The Creator - The Legendary Ngektsai

The Legendary Ngektsai - The Creator


Debut pada mac 2016 pada usia 31 tahun cukup mematangkan sosok kelahiran anak jati Sarawak ini. Berbekalkan pakej lengkap dari pengalaman yang dilalui, imaginasi tinggi dan juga skill dalam pelbagai bidang menyaksikan fenomena “kawu tek sekerem” memecah masuk market video content ke bumi Sarawak pada waktu itu. Berlatarbelakangkan karier dalam aliran kesihatan, Ngektsai menggunakan kebanyakan ilmu yang telah dipelajarinya dalam penyampaian mesej tersirat/tersurat dalam bentuk hiburan kepada penonton beliau.


Dengan daya imaginasi yang tinggi, Ngektsai telah menghasilkan pelbagai watak alter ego dalam sketsanya. Kemampuan beliau untuk mimik watak2 imaginasinya terbukti apabila setiap karekter yang diciptanya punya kelompok peminat tersendiri. Selain bersendirian melakonkan karekter2 tersebut, beliau juga seorang editor video, pengarah, penulis skrip, content creator, dan publisher platform media sosial beliau sendiri.


Berpadanan dengan kepelbagaian karekter yang diciptanya, begitulah juga kepelbagaian genre video yang sudah dihasilkan beliau. Dari komuniti kanak2, sehingga komuniti mereka yang sudah berumur, begitulah luas genre video yang mampu dilakonkan oleh beliau. Sehingga tarikh ini, Ngektsai masih lagi aktif dalam penghasilan video atas sambutan yang luar biasa walaupun hampir 5 tahun sejak debut beliau.


Pernah beberapa kali mendominasi isu viral sehingga mendapat liputan media massa, media cetak dan elektronik di Malaysia, Ngektsai masih terus menerus memberikan kejutan dalam video penghasilannya. Inspirasi dan idola. -Penulisan oleh blog editor A.Mika


Video di bawah sekali.





#TheNgektsai

#thelegendaryngektsai

#NgektsaiOfSarawak


Follow Ngektsai di instagram, youtube channel NgektsaiArmy Official dan Facebook Page NgektsaiArmy!


 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Monyeng - The Legendary Ngektsai

Biografi Monyeng


Nama Watak : Monyeng


Lagu Kegemaran :

OST Shin Chan

OST Sailormoon


Makanan/Minuman Kegemaran :

Keropok Tam Tam

Air sejuk


Quote Watak :

“Mak, kamek ada molah pahala ari tok tek!”

“Kerak kamek dah tumbuh bulu, kerak kitak belum tentu gik!”


Personaliti :

Seorang yang ceria, innocent, genius dan mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi.


Hobi :

Bermain dengan kucing Ngektsai iaitu Axlan Exora Makadingding


Cita-cita :

Merampas kekayaan ibunya Cik Kemban


Kawan karib :

Axlan Exora Makadingding (Kucing Ngektsai)


Kenangan pahit :

Menerima ugutan dari ibunya Cik Kemban untuk lari dari rumah.


Kenangan manis :

Hari pertama datang bulan.


Kronologi :

Monyeng merupakan anak tunggal kepada janda kaya iaitu Cik Kemban. Watak ini diadaptasi dari kelompok usia muda masyarakat kita. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, Monyeng seringkali muncul dalam episod2 Ngektsai dengan pelbagai persoalan. Beliau pernah menggunakan baju gaun panjang seawal kemunculannya dahulu sehinggalah episod beliau mengalami proses transasi dari kanak2 kepada gadis remaja(datang bulan). Sejak itu Monyeng muncul dalam episod Ngektsai mengenakan gaun putih pendek. Walaupun Monyeng seorang yang genius, beliau juga seorang yang innocent dan baik hati. Sebagai contoh dalam episod bersama Pak Ngek, beliau pernah diperalat sehingga Pak Ngek berjaya memperdaya beliau sehingga dimarahi oleh ibunya, Cik Kemban. Kemunculan beliau di layar Ngektsai adalah seawal tahun 2016 dan sehingga kini, Monyeng memiliki kelompok peminatnya tersendiri dan antara salah satu watak yang paling digemari dalam siri Ngektsai.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

Biografi Vajeena George - The Legendary Ngektsai

Biografi Vajeena George


Nama Watak
: Vajeena George


Lagu Kegemaran :

Dua Lipa - IDGAF

Amy Winehouse - Valerie


Makanan/Minuman Kegemaran : Roti Canai, Maggi Kari Telur


Quote Watak :

“B*tch please!”

“I can miss something, but not want it back!”


Personaliti : Outgoing, positive, sarkastik


Hobi : shopping


Cita-cita : Gadis Litar


Kawan karib : Syai


Kenangan pahit : Single


Kenangan manis : In a relationship


Kronologi

Watak Vajeena George diadopsi dari movie “Mean Girls” sebagai pelengkap kepada watak Syai. Army of skank kepada Syai, Vajeena merupakan sistem sokongan kepada Syai dalam isu cinta dan dalam penyampaian mesej sarkastik. Watak yang masih diklasifikasi sebagai komuniti gadis syaitan, Vajeena George sentiasa mempunyai propaganda dalam isu cinta. Sungguhpun begitu, kualiti setia kawan dan level sarkastik beliau membuatkan kehadirannya dalam episod Ngektsai ditunggu2. Seperti teman baiknya Syai, Vajeena George mempunyai misi yang sama seperti Syai. Bezanya, teknik dan pendekatan beliau lebih halus berbanding Syai. Kepetahan beliau berbahasa Inggeris memaparkan imej yang lebih berkeyakinan dan elegan bagi watak ini. Pernah berjaya menerima undian tinggi dari penonton untuk mengekalkan beliau dalam siri Ngektsai sejak kemunculannya pada 2019, selepas era baru siri Ngektsai. Sehingga kini, Vajeena George masih relevan dan mempunyai kelompok peminat beliau tersendiri. Pernah dikatakan oleh penonton, gabungan Vajeena George dan Syai adalah gabungan yang tidak terkalahkan dalam penyampaian isu sarkastik. Mereka ini mendapat jolokan gelaran “Too Savage” oleh penonton2 siri Ngektsai.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.