Debut pada mac 2016 pada usia 31 tahun cukup mematangkan sosok kelahiran anak jati Sarawak ini. Berbekalkan pakej lengkap dari pengalaman yang dilalui, imaginasi tinggi dan juga skill dalam pelbagai bidang menyaksikan fenomena “kawu tek sekerem” memecah masuk market video content ke bumi Sarawak pada waktu itu. Berlatarbelakangkan karier dalam aliran kesihatan, Ngektsai menggunakan kebanyakan ilmu yang telah dipelajarinya dalam penyampaian mesej tersirat/tersurat dalam bentuk hiburan kepada penonton beliau.
Dengan daya imaginasi yang tinggi, Ngektsai telah menghasilkan pelbagai watak alter ego dalam sketsanya. Kemampuan beliau untuk mimik watak2 imaginasinya terbukti apabila setiap karekter yang diciptanya punya kelompok peminat tersendiri. Selain bersendirian melakonkan karekter2 tersebut, beliau juga seorang editor video, pengarah, penulis skrip, content creator, dan publisher platform media sosial beliau sendiri.
Berpadanan dengan kepelbagaian karekter yang diciptanya, begitulah juga kepelbagaian genre video yang sudah dihasilkan beliau. Dari komuniti kanak2, sehingga komuniti mereka yang sudah berumur, begitulah luas genre video yang mampu dilakonkan oleh beliau. Sehingga tarikh ini, Ngektsai masih lagi aktif dalam penghasilan video atas sambutan yang luar biasa walaupun hampir 5 tahun sejak debut beliau.
Pernah beberapa kali mendominasi isu viral sehingga mendapat liputan media massa, media cetak dan elektronik di Malaysia, Ngektsai masih terus menerus memberikan kejutan dalam video penghasilannya. Inspirasi dan idola. -Penulisan oleh blog editor A.Mika
Video di bawah sekali.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
Follow Ngektsai di instagram, youtube channel NgektsaiArmy Official dan Facebook Page NgektsaiArmy!