15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Porok - The Legendary Ngektsai

Biografi Porok


Nama Watak
: Porok


Lagu Kegemaran :

Nidji - Laskar Pelangi

Goodbye Felicia & Stephanie Poetri - Bimbang


Makanan/Minuman Kegemaran :

Makanan berasaskan kambing

Vanilla Shake


Quote Watak :

“Ini bukan sunnah nabi, ini sunnah pondan!”

“Saya, sebagai bekas ketua tingkatan 5 sains 4!!!”


Personaliti :

Tegas, Bertanggungjawab, Setia kawan, kecoh dan huru hara.


Hobi :

Berkaraoke


Cita-cita :

Seorang pegawai tinggi askar


Kawan karib :

Melissa


Kenangan pahit :

Putus persahabatan dengan Melissa


Kenangan manis :

Ketawa bersama Melissa


Kronologi :

Watak porok diadaptasi dari watak lelaki remaja lembut yang mempunyai ramai kenalan berjantina gadis. Porok dalam dialek Sarawak membawa maksud pondan. Bercelak bawah mata dan berselendang hitam, Porok merupakan ketua tingkatan kelas 5 sains 4, sekelas dengan sahabat baiknya Melissa yang juga merupakan penolong ketua tingkatan 5 sains 4. Berperwatakan huru hara, kemunculan Porok dalam episod2 Ngektsai membawa satu tenaga kelucuan di tahap yang lain. Beliau mempunyai seteru iaitu watak Lova, pernah bersaing untuk gelaran ketua tingkatan 5 sains 4. Watak Porok juga seorang yang tegas dan beliau pernah dalam sebuah episod memarahi Ngektsai kerana layanan biadap Ngektsai terhadap ibunya, Mak Tanggang. Porok berpendirian bahawa untuk berjaya, restu ibu bapa adalah suatu kewajiban. Kemunculan awal Porok adalah sekitar tahun 2016 dalam episod ‘Sunnah Pondan’ dan semakin aktif selepas era baru Ngektsai pada 2019. Nilai murni watak ini tak lain tak bukan adalah sifat setia kawan nya yang tidak berbelah bahagi.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.