15,145,111 views @YOUTUBE AND KEEP COUNTING. UPDATED 3 MARCH 2021 AND 78K SUBSCRIBERS THANKS FOR WATCHING

Biografi Syai - The Legendary Ngektsai

Biografi Syai Si Gadis Syaitan


Nama Watak : Syai


Lagu Kegemaran :

Taylor Swift - Look What You Made Me Do

Taylor Swift - Blank Space

Katy Perry - Dark Horse


Makanan/Minuman Kegemaran : Macallan, Wagyu Beef


Quote Watak :

“Suami orang, is a big NO!”

“Why do i stress a boy, when i can get a man”

“I dont need a man to solve my problems, i need a man who wont become a problem”


Personaliti : Licik, Sarkastik, Savage, cepat merasa bosan.


Hobi : Cuci mata dan berkenalan dengan lelaki, menari


Cita-cita : Untuk tidak diperdaya cinta


Kawan karib : Vajeena George


Kenangan pahit : Putus Cinta


Kenangan manis : Menundukkan lelaki


Kronologi :

Syai adalah watak yang diadopsi dari kelompok gadis yang selalu mendapat jolokan gadis syaitan, miang, dan sewaktu dengannya. Personaliti berubah2 mengikut mangsa beliau yang seterusnya, semuanya demi satu tujuan iaitu bermain cinta. Beliau kadang kala muncul dalam episod Ngektsai mengenakan jilbab bagi tujuan itu. Padahal hakikatnya beliau adalah gadis semasa yang sosial, suka bermain cinta dengan lelaki demi kepuasan peribadi. Syai yang sinonim dengan kasut tinggi 5 inci beliau, gemar berdiskusi perihal cinta dan lelaki bersama sahabat baiknya Vajeena George. Malah nasihat dan teknik2 yang disampaikan beliau menampakkan beliau adalah pakar dalam semulajadi lelaki. Watak ini dikatakan agak savage dalam sesuatu penyampaian membuatkan beliau apabila muncul dalam siri Ngektsai, ditunggu2 oleh penonton. Dengan sindiran sinis dan ayat persis sembilu membuatkan penonton bertepuk tangan menonton aksi beliau. Sungguhpun kanvas watak ini diwarnai dengan kegelapan, sebenarnya watak ini mempunyai nilai murni di mana beliau hidup dengan prinsip yang teguh iaitu tidak sekali2 menghancuri rumah tangga wanita yang sudah berkeluarga. Kemunculan watak Syai seangkatan dengan watak Mak Tanggang, sekitar tahun 2016 sehingga kini semakin tajam melancarkan kata2. Watak yang gemar menari ini, mempunyai kelompok peminatnya yang ramai dan tersendiri, bukan kerana peribadi luarannya, tetapi kerana falsafah cintanya.







Follow @ngektsai di instagram, Youtube Channel NgektsaiArmy Official & Fb Page Ngektsai Army

 SHARE VIA SOCIAL NETWORKS

.